Ahad, 2 Mei 2010

Benci~

Untuk membenci, mudahnya amat. Lebih mudah dari makan beskut sambil berlari, atau minum air sambil jalan terjengket-jengket. Mudahnya cam tdo sambil berselimut di petang nan hujan lebat, atau umpama gelak terbahak-bahak sambil membaca komik super kelakar.

Senang je nak membenci. Cukup dengan mengerling sekilas, lalu membenih dalam hati betapa seseorang itu tak layak kecapi apa yang sedang dimilikinya. Lantas, tak perlu lama, benih tu akan segera menyubur, dah tumbuh gagah la sepohon mencik siap beranting-ranting berbuah lebat-lebat.

Benci bukannya mengira orang, kadang-kadang sama adik beradik satu rahim pun nak dibencinya jugak.

Kawan-kawan berkongsi hidup makan sepinggan tdo sebantal pon boleh nak dibenci jugak.

Hatta, sedara mara yang sesekali jumpa tak sempat nak beramah tamah pon boleh menjadi salah sorang yang dibenci.

Menurut kajian, antara punca utama seseorang dibenci, adalah kerana orang yang membenci itu CEMBURU dengan apa yang dimiliki orang yang dibencinya.

Cemburu kerana seseorang itu disayangi orang sekelilingnya.
Cemburu kerana seseorang itu cerdas akalnya.
Cemburu kerana seseorang itu rajin perangainya.
Cemburu kerana seseorang itu cool orangnya.

Susahnya bila membenci.

Asik nak sakit hati.
Asik nak berpikir yang buruk-buruk.
Asik memaksa otak merangka pikiran nan jahat-jahat.
Asik membakar hati dengan memacam andaian.

Penatnya asik mengerling dengan ekor mata.
Senaknya asik merenung penuh meradang.

Kenapakah mesti mengurung rasa sakit tu?
Kenapa tak bebaskan saja?

Apa untungnya membenci?

Ibarat mengurung diri dalam sebuah pondok yang sedang terbakar.
Sedang yang dibenci sedang selamat di luar.
Tinggal la sorang-sorang menyeksa diri sendiri?

Untuk apakah?





p/s: Sila ungkaikan rasa benci yang mengikat diri... Lagi selesa tau tak.


save the earth...