Sabtu, 31 Oktober 2009

Terkenang Nilam Puri

malam ni tetibe tercerita panjang ngan member pasal kisah-kisah kat nilam puri. kisah muslimin muslimat dulu. kisah masing-masing muka x menahan masuk kelas. kisah jalan asing-asing, tunggu bas senyap-senyap. kisah munaqasyah, kisah saling bertikam lidah, kisah saling mengerling ke kanan kiri.

korang sume yg terlibat, izinkan aku terbitkan kisah kenangan nih.




barisan budak laki....

aku stat dari kiri sekali...

akmal. sgt tinggi. haha... orang wangsamaju, masa raya tahun lepas kitorang reramai ke rumah dia. kira-kira 3 tahun dulu kat UM nilam puri, ada sekali ni, kitorang punya eseimen kelas kena buat pogram untuk bebudak selama 3 hari 2 malam.

beliau nmpk sangat enjoy la. ada sekali sorg budak ni mintak tali kad matrik yg bertulisan UNIVERSITI MALAYA, beliau ngan sengeh memenuh kat muka kasik je.

akmal: (sambil kasik tali tersebut) nah. tau tak nama abang?

budak tu amik sambil pandang akmal dengan muka terkulat-kulat. pastu pandang kekawan dia. muka blurr. akmal ulang sekali lagik soklan dia. budak tu pun masih dengan reaksi yg sama.

aku dah x tahan nak tergelak.

aku: akmal, cakap slow sket.

akmal: (muka pndang aku gaya terkejut.)ha??

akmal mungkin ingat aku suruh perlahankan suara, tapi aku sebenarnya suruh dia perlahankan speed percakapan beliau.

dengan slanga bandarnya, cakap cam peluru berpandu, memang agak sukar untuk bebudak kelantanese yang tak penah bergaul dengan orang-orang berbahasa slanga bandar untuk paham.

akmal ulang sekali lagi soklan beliau, sepatah-sepatah. dan akhirnya budak tu jawab.

"tak tahu."

aku terpaksa tahan gelak sekali lagi.

adeh, baru sorang dah panjang, cemana??

yg keempat dari kiri, berbaju hitam, masa kat nilam puri dulu selalu jadik mangsa perbualan aku ngan member aku yg sorang nih. sebab, beliau tersangat la masam mukanya. dan beliau penah cakap, beliau x suka belajar kat situ. katanya, x suka naik bas jauh-jauh. tapi bila result, gempak je. tipu kan, saja cakap x suka belajar la, x paham la. tipu la anda ni. =p

ooo ye, beliau penah membuat sorang kawan kitorang nangis. hehe....

yg ke-7 dari kiri berspek mata, adalah subjek yg selalu menyebabkan aku bengang masa tu. beliau bagaimanapun sekarang sedang berada di............. mana ek? mesir kot. haha.... yang pasti, masa kitorang sume buat satu majlis perpisahan suprise untuk beliau, beliau telah menangis. aku sangat.................... suka hati. hehe.

sebelah beliau yg berambut aproo ala-ala tu adalah ketua kelas. jangan silap paham, kami sume sebaya saje. beliau hanya berusia 19 tahun pada ketika ini.

yang ketiga dari kanan. beliau adalah kelantanese yg agak mempunyai bilangan peminat yang berlemon-lemon manyaknya. kenapa aku begitu pasti? kerana salah sorang kawan aku adalah peminat beliau.

aku: apesal ko minat dia? kurus je aku tengok......

kawan aku: sebab nama dia kiut. (tangan pintal tudung, mata pandang atas terkelip-kelip sambil sengeh ngengada...)

info tambahan, salah sorang peserta pogram 3 hari 2malam tu plak, angau habis ngan inche kelantanese nih. tiapkali sms aku gerenti bertanya pasal abangnya yg sorang nih, sampai naik lenguh aku menaip pasal beliau. =)

yg kedua dari kanan.

heh, aku selalu confuse bila beliau bercakap. slanga beliau, aku kadang-kadang terpikir... adakah beliau dari rantau panjang??? =p
tapi bila beliau mula berhujah, aku terpaksa salute.

bersambung di entry akan datang.........

*pasal muslimat lak lain kali.....*




p/s: kenangan bertimpa-timpa..... tapi kena cerita lain kali plak....










save the earth...