Isnin, 26 Oktober 2009

GaramPembunuh

Garam adalah antara bahan wajib bila ada aktiviti masak memasak di dapur, di ruang tamu, piknik dan semacam lagi. garam jugak boleh digunakan dalam poses mendera tahanan atau dalam cte2 seram ngeri dengan menaburkan garam di atas luka yang mana boleh menyumbang kepada kelangsingan bunyik jeritan. dalam pada masa yg sama, garam jugak berpotensi membunuh nyamuk.

caranya?

taburkan garam di atas alas pinggan mangkuk sebelum letakkan pinggan mangkuk di atasnya. bagaimanapun petua ini hanyalah untuk mereka yg tidak mengelap pinggan mangkuk selepas dicuci, seperti aku. =p

selepas satu minggu, angkat semula pinggan mangkuk dan anda akan dapat melihat takungan air jernih tanpa ada bebenda terjentik-jentik berwarna merah yg agak menggelikan saraf di situ.

anda akan terselamat dari gigitan nyamuk aedes dan jugak dari disaman oleh Jabatan Alam Sekitar yang membuat rondaan mengejut.

sekian, terima kasih,












ps: akhirnya x payah nk cuci mendalah alas tu 2x seminggu...............