Khamis, 18 Jun 2009

seminggu yang keliatan kosong tapi sebetulnya agak tak terkejar. bermula ngan pagi nyaman yang menyaksikan aku baring lentang di simpang 3 kg. belukar, yg kemudiannya membawa kepada episod che' Nab, minyak gamat yg sjuk dan suap demi suap ke mulut, cuti 3 hari yg unexpected, keterserlahan ulah ~miss-kiddy2, panggilan di pagi hari, kedatangan prof yg mengejutkan, fogging yang di luar rancangan, singgah di p.pekan, mimi di kg.kor, panggilan yg mengisahkan beberapa adegan, jumpa boss, saranan yg sedikit di luar rencana, dan satu hari yg tiba-tiba menyukarkan pandangan.

kali ketiga yang aneh, yg menyaksikan kriss menghentak kia spectra, sebuah pertembungan yg pada perkiraan aku, sekurang2nya aku takkan mampu ke opis cam sediakala atau kriss yg bakal bermandi kepingan not 50. pandangan pertama yg jatuh di jari yg pedih dan sedikit terluka dek geseran di dada jalan, dan dihidangkan soalan yg pada perkiraan aku agak ~kelakar, hampir menggagalkan aku untuk berfikir dalam keadaan sedar. cuma selepas beberapa detik, di situ lah aku mengesan keanehan. ada lintasan, ini ujian, atau peringatan? juga ada bisik dalam diam, ini tanda, atau bunga-bunga balasan?

sehari yg menyaksikan ketiadaan aku.

kehadiran prof yg nyata sedikit menggusarkan. tapi hari yg penuh dengan macam-macam perkara di luar jangkaan. langkah yg panjang hingga ke pasir pekan, bawak moto ke kem kijang, join fogging, dan mihun sup tanpa belut. heh!

kendian, 'miniprojek' yg pada aku agak terlambat dan sedikit terlewat. tapi, apa la guna bicara kalo kekata hanya mengundang bencana. so, tergolek atau digolek, sakitnya pasti!

dan, khamis yg tatau cemana, semacam karak yg tersentuh langsir kain. bebenang pantas dihinggap nyalaan membahang. mujurnya, marak belum menggila. sekadar sedikit rasa bengang dek sekujur diri yang enggan menunduk meski kedudukan semakin rapuh di ranting yg mulai keguguran dedaun.

penyudahnya, sebuah panggilan yg memunculkan sebuah lintasan. umur memang sekadar angka. berkali-kali frasa ni jadi pengubat, tapi kali ni ia di luar jangkaan sama sekali. dan sebuah lagi kisah rentetan dari kisah-kisah diperdengarkan. kali ni hanya kelu, dan terkedu.

ringkas kata, minggu yg bakal menjelang moga jadi pengubat untuk ~inche pemimpin, dan jugak jadi pendamai buat kuncu-kuncu praktikal.

dan... to compactors, here we come!

save the earth, dude.

Tiada ulasan: