Selasa, 25 Ogos 2009

Mengantuknya...

24 minit nak berbuka.

mengantuk betul. x sangka aku berjaga 46jam tanpa tidur. dalam kelas pun bley mantain lagi tuh. tapi last skali, masuk kelas pengajian sunnah x sempat 15minit, aku terpaksa menyerah pasrah. pelan-pelan aku bangun, tolak daun pintu dan menapak langkah demi langkah ke masjid. mintak maaf la ustaz... saya x tahan sgt ni. bukan sengaja nk tuang kelas ustaz.... bisik aku sambil berjalan dengan memejamkan mata.

masjid di bulan puasa ni.

macam aku agak, melangkah masuk je, bebudak x lagi melepak semata-mata, sebaliknya pakat menadah tafsir sesorang. fenomena biasa di bulan puasa. tapi aku mmg x larat nak join, sebaliknya rasa makin berat bila mendaki anak tangga. sampai tingkat atas, aku landing baik punya, dan pejamkan mata yang makin kelam.

selamba aku tdo, azan zuhur aku bangun, amik wudhu' dan semayang dengan bersesak-sesak. pemandangan biasa di masjid dan surau-surau ketika zohor. haha...

kendian ke kelas balik, selamba amik beg dari pija yang bukan je classmate, tapi merangkap grupmate utk Integrated Waste Management yang nk kena pezen lagi bape minit.

"gi mana tadi?" soal pija sambil tayang lesung pipit.

aku tadah muka penat tahap x hengat.

"tdo."

pija sengeh 4 garis. beg berisi laptop beralih tangan.

x lama kendian sesama merempit gaya bebas ke fak sains. sampai je berkejar ke Lab. sejam kendian tibala masa kumpulan kitang lak pezen...

pergh... masa dah la 15 minit je. sekali si Adik (ekceli ni ketua kitorang... haha) cakap dahla sopan santun, kelajuan yang sgt perlahan. dah gaya orang jalan kaki lepas bersenam 20 km x berenti...

sudah.... bisik aku dalam ati. dah la aku last pezenter. aisehmen...

x lama shan plak amik mic. adess... amoi ni... sama jugak speed dia... mati berdiri btol kali nih... pija dah stat jeling jam dah. aku masih buat bodoh jugak.

sekali bila turn pija, x sempat bape slide bell dah bunyik. bell akan berbunyik bila masa tggl 5 minit.

hape lagi..... cam x cukup jari ngan tangan kaki segala nk tekan laptop. Adik ngan shan dah macam-macam arahan keluar tang tu jugak.

aku? heh... tetap kontrol peace.

sampai turn aku, rasanya masa tinggal kurang 2 minit. apa yg aku buat ialah, aku masuk gear 4 trus lantas menyudahkan pezentation sebaik je bell dibunyikkan sekali lagi tanda masa tamat.

pehhh... tiga-tiga grupmate aku pandang muka aku. antara caye ngan tak aku menggoreng dengan mantap sekali....

mantap la sangat.... kata aku dalam ati.

huahhuahua... sekali kena tibai ngan Daddy kesayangan lean tu. kena jugak..... aku tunduk dalam ati.

i was expecting more from this group, katanya sambil menggelengkan kepala.

oo ye... tajuk entry ialah kerana aku sangat penat dan nk tdo atas tilam sambil peluk bantal merah gong xi fat choi dengan kadar yg sgt segera. tapi memandangkan pija ngan semangatnya ajak aku gi bazar kat pasar malam kat PJ plak, aku tetap gi jugak walopon mata dah hampir terkatup.

dalam pada tu aku sempat tawaf bazar kira-kira 3 kali sebelum beli ayam seketul berharga rm5 dan sebungkus air kelapa.


save the earth...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

daddy kesayangan lean? wah.. br tau.. hehe..

~zai...~