Ahad, 12 Julai 2009

Kewarasan


malam yang tah kenapa jemari bgitu lancar membongkar kisah rasa yg sengaja cuba dilupakan. tapi, apa yg x aku katakan adalah, sebetulnya ada sebeban pertanyaan ; apa ada sesuatu di sebalik kemesraan yg tiba-tiba ditunjukkan. mungkin benar bicara miss jasmine, mungkin nfm try menebus balik (tebus apa pun tatau la aku), atau, sekadar menunaikan janjinya untuk menerima aku adanya. tatau la. tapi, nk baik ngan aku more than she used to, pelik jugak la. tapi nothing's imposible.
cuma, ada kekata miss jasmine buat aku terkedu sket. holding a grudge?
tatau la. aku sendiri cam terlupa apa penah aku lalui. mungkin satu ketika penah aku bisikkan pada diri mau melupakan yg pahit dan kelat, justeru perlahan kenangan cenggitu menghilang dari ingatan hingga aku sendiri gagal mengingat penah satu ketika ia begitu mencengkam ruang rasa.
berdendam. penah sekali sengaja aku benamkan diri dalam laut dendam. dan sudahnya nyaris aku lemas terkapai dek gagal bertahan dalam sejukbeku dingin yg menggigit sakit. well, what goes around, comes around. sebetulnya, tu la yg selalu terjadi pada aku. bukan sekali, tapi setiap kali. setiap kali aku terpikir nk buat benda jahat, atau terlintas mau mendoakan sesuatu yg buruk dan x bes pada sesorang, perkara tu akan lebih dulu kembali pada aku. semacam aku mengharap perkara seburuk tu berlaku pada aku sendiri.
mungkin sebab ni jugak, bertitiktolakkan pengalaman, hampir setahun dulu, bila aku melangkah keluar, aku hanya tetapkan satu matlamat ; aku cuma mau diri aku terima apa saja yg dah aku lakukan sbb aku mmg dah cuba jadi sebaik yg boleh.
bab bendendam, bab nk membalas, bab nk apa yg aku rasa dirasakan balik oleh sesape, sume ni x de dalam pikiran masa tu. aku mmg bebetul nk maafkn diri sendiri, dan nk jadik kawan baik sendiri, tu je.
untuk kali pertama rasanya, aku ingin sekali menafikan hakikat seorang ~aku pada dunia. aku tamau jadi sesuatu yg hanya diperlukan. untuk sekali, aku abaikan aku sekadar sebingkis extra character.
setahun aku lalui. ditemani pelbagai watak. ada parents yg kali ini menyedari ~apa aku ini, siblings yg sengaja bisukan diri dari bertanya itu ini, uncle & aunt yg selalu mau aku trus kuat, teteman yg trus menemani, kenangan & peristiwa yg kerap pinjamkan tawa, dan Tuhan yg x penah tgglkan aku sendiri.
dan aku, berkali-kali sengaja lebarkan senyum. sengaja singkirkan rasa lain yg adamasa ingin menguasai.
selepas hampir setahun, saat disapa senyum yg penah sekali titipkan senang, aku jadi keliru. tertanya, apa ada maksud lain di sebalik kuntum semekar itu?
dan, mungkin ini sebenarnya yg melajukan bicara meluncur malam tadi. bicara yg selama ni hanya dititip di dada DNO.
rasanya jugak, aku semakin hilang daya kewarasan berpikir.
semester ni, aku cuma ingin lakukan yg lebih baik dari aku lakukan sebelum ni. apa dan sesapa saja di sisi kali ni, aku akan cuba sebaik yg mampu.
dan miss jasmine, miss yoyo'oo, zuzack, semoga simpulan yg terikat trus kental. kiranya harus terlerai, biar masa yg jadi penyebab.


the ship that put us together...
~Guminavou zou diau~

save the earth...

Tiada ulasan: