Ahad, 5 Julai 2009

Bukan Milik Aku lagi...

sepetang kemarin, x habis pikiran buruk mengganggu. hingga air mata bleh mengalir tiba-tiba. dan biasana bila ini yg blaku, aku akan katakan, biasalah, dah lama x menangis, air mata ni perlu jugak mengalir, nanti badan boleh sakit.

cuma, bayang-bayang aneh kerap mendatang. hingga, saat bas membelah angin malam membawa penumpangnya ke hentian putra malam tadi, perasaan trasa sebak tiba-tiba. tapi memang sengaja aku abaikan. sbb, berdasarkan sejarah sorang aku, melayan perasaan saat sendirian, adalah rutin semata.

kira-kira 0130, bas berhenti di merapoh. di situ aku bertemu zuzack. sempat minum sama. (tq 4 the tea, zu.) sempat menjawab beberapa siri panggilan dari ~en.pemimpin. dan soalan wajibnya beberapa menjak ni, ada kak aida awak kontek? dan aku menjawab seadanya. =) sempat juga pikiran-pikiran nakal menerjah dinihari begitu.

menyambung perjalanan, aku cuba lelapkan mata yg tatau laa, agak sukar kali ini. (biasanya aku mampu tidur macam baby), tapi kali ini memang agak susah.

tapi, sedar-sedar bas berhenti di hentian putra. bersama penumpang lain, aku turut berpusu-pusu mengambil beg, mengheret ke stesen putra komuter. hampir 20 minit menunggu, komuter ko port kelang tiba. detik itu, ada debar mengusik rasa. berkali-kali beg sandang aku raba, pastikan segala yg berharga dalam perhatian. hingga untuk kali pertama, begitu trasa akan ada yg bakal terlucut dari jagaan.

di stesen kuala lumpur, trasa kesayangan di pergelangan tangan melorot sedikit. sempat pandangan jatuh di situ. kuning silaunya seperti biasa aku renung.

dan rupanya, itu lah yg terakhir aku lihat.

kepenatan yg hampir membungkus seluruh tubuh, cuba aku lalikan dengan tidur yg tidak mau lelap.

hinggalah beberapa detik bila tersedar, ia bukan kepunyaanku lagi. tangis malam tadi, mungkinkah untuk ini?

Tiada ulasan: