Rabu, 17 Februari 2010

Kemalangan

Sebetulnya aku mau publish entry lain, tapi aku dahulukan entry ni.

Kerana aku memang amat payah bangun pagi, dan sangat suka tidur lewat malam, maka sambil layan Gokusen 2, aku study sikit sebanyak dan akibatnya hampir 0500 baru lah aku masuk tidur.

Justeru, waktu adik aku merangkap budak yang sedang mengambil diploma nursing di Kuantan yang kini berada di kampung menelepon kira-kira 1100, aku masih malas menjawab telepon. Sengaja buat suara paling malas sampai beliau cuak dan menyerahkan telepon kepada mak kitorang.

"Balik tak?"

Soalan yang entah kali ke berapa disua sejak aku katakan aku tak dapat balik kampung.

Masih dengan mata separuh pejam aku menjawab separa rajin.

"Tak balik, kena siram pokok." Merujuk kepada projek tahun akhir aku.

"Kenapa tidur lagi, tak de kelas ke?" Menyoal soalan yang sama lagi.

"Kan cuti..." Memberi jawapan yang sama jugak.

Dan untuk kali pertama talian mati begitu je tanpa kekata penutup seperti, Okla, babai. Atau, takpela, diikuti salam.

Rupanya, tujuan panggilan tu bukanlah sekadar satu rasa ketidaklengkapan kerana ketiadaan sesatunya ahli keluarga iaitu aku, sebaliknya, ada sesuatu telah berlaku.

Jam 1530++ sekali lagi mak aku call.

"Ayah eksiden pagi tadi."








p/s: Ada sesapa yang tolong gantikan aku siram sayur sementara aku balik kampung? Satu hari je aku nak balik....



save the earth...