Rabu, 21 April 2010

Usai~

Akhirnya aku balik kampung jugak. Walaupun cuma balik 2 hari satu malam. Walaupun sampai kampung trus ngadap lappy dari jam 10am sampai 2am, sambung balik esoknya dari 11am sampai 6pm, akhirnya tesis siap sepenuhnya.

Alhamdulillah. Setelah sekian lama, akhirnya menyiapkan sesuatu dengan tak rasa tertekan. Walhal, satu draf lengkap pun aku tak hantar kat SV. Hanya chapter 1-3 yang aku hantar. Wekeke...

Isnin, sebaik sampai KL, sesiap dan print tesis, setel semuanya waktu asar hampir muncul, walaupun hakikatnya aku print sejak jam 0800.

Tapi syukur alhamdulillah semuanya setel sudah. Dah cukup baik.

Projek yang hampir tak mungkin disiapkan dek semangat yang pernah luntur, dek masalah yang bertimpa-timpa dan aku yang pengecut berdepan dengan halangan demi halangan, alhamdulillah setinggi-tingginya, tesis berjaya jugak disiapkan.

Serius, aku sangat berterimakasih pada yang selalu ada, berkongsi suka waktu gembira, tumpang berduka saat kecewa.

Pija selaku antara terawal menyemarakkan semangat Malaysia Boleh. Una yang selalu aku jadikan teladan untuk teruskan projek, Salehan yang sangat bersemangat, Shishi yang adamasa berdepan dengan masalah yang bukan kecil. Sama ada mereka sedar atau tidak, apa yang mereka hadapi, sepanjang semester ni, tu lah yang selalu menjadi booster untuk aku melangkah setapak ke depan setiapkali sangat teringin untuk drop projek yang membawa nilai 8 jam kredit ni.

Mungkin satu hari ikatan ni akan terlerai, mungkin luntur dek jauhnya jarak, atau kekangan masa, namun sekurang-kurangnya, apa yang ada di depan mata buat masa ni, aku sangat berterima kasih.

Menjejakkan kaki ke UM kira-kira 5 tahun dulu, tak penah terpikir untuk miliki sahabat, kerana pada aku, aku masih jauh dari kelayakan untuk miliki sahabat. Tapi, rentetan takdir tu sungguhnya sangat tak terduga. Aku mungkin tak miliki sorang besfren, tapi, aku ada kawan-kawan yang sangat baik. Aku mungkin tak punya sorang teman yang amat pahami apa ini aku, tapi aku punya segerombolan kawan-kawan yang menghargai ikatan persahabatan.

Komawo. Arigato.

Walopun aku adalah sorang kawan yang adakala menjengkelkan, tapi anehnya, kejengkelan tu bagai diterima selaku ia sebahagian dari diri yang susahnya nak dipisahkan.

Baiklah, bukan nak teremo-emo di sini, wehehe... tapi ni adalah apa yang aku nak sampaikan pada kekawan. Sedozen SPASIAN SGPI, dan berdozen-dozen SPASIANS. Serta, extra berdozen-dozen kekawan lain.

Finally, bakal meninggalkan UM tanpa sebarang ralat dalam ikatan.

Oh? Aku memang tak ralat ngn sesape, andai ada yang ralat dengan aku, hehe... Mohon maafkan aku, supaya ko juga dapat melangkah dari UM tanpa ad tusukan sembilu nan berbisa.

Sembilu kalo tak dikeluarkan, boleh jadi nanah tau~! Bahaya.....



Apakah? Menunjukkan study depan lappy? Wehehe.... tatau bila masa terconteng, tamau ilang lak tuh...wehehe




save the earth...