Semalaman berjaga untuk 3 chapter. Heh, baru 3 chapter siap, Isnin ni submit? Dahsatttt.....
Tak kira lah, dahsat ke tak dahsat, tak mampu rasanya nak memerah otak menaip macam-macam. Penat sudah.
Untuk kali pertama, aku sangat teringin study, dan tamau lagik ngadap lappy sambil menaip, menaip, menaip, dan menaip. Sangat tamau~!
Akhirnya menemui SV petang tadi. Soklan pertama beliau berbunyi lebih kurang:
"Isnin ni nak kena hantar baru nak tunjuk draf?" sambil membelakangkan aku. Adeh...
Selama mengomen-ngomen draf tesis aku yang tak brapa ada rupa tu, beliau berkata:
"You should meet me one month ago so I can tell you all this flow."
Membatu ala-ala kena tegur Sang Kelembai je anak muridnya neh kat belakang.
Untuk kali pertama SV aku sampai tersasul-sasul bercakap ngan aku. 90% ayat beliau adalah dalam Bahasa Melayu. Dan rasanya tu la kali pertama aku dengar beliau yang berbangsa India itu berbahasa Melayu sebanyak itu.
Tapi ayat beliau tetap akan berkesudahan begini:
"Understand or not?"
Nyaris terseliuh tengkuk aku angguk baru lah beliau meneruskan percakapan. Dan masih dalam Bahasa Melayu.
Erk. Blurr sangat ke muka aku bila berhadapan ngan beliau?
p/s: Hari tu aku buat 4 page intro, katanya sikit sangat. Sekurang-kurangnya 7-10 page katanya. Hari ni aku hantar 8 page, katanya 6 page sudaaaa... Apakah...
save the earth...