Sabtu, 3 April 2010

Hampir Ke Situ~

Pejam celik pejam celik, rupanya semester penuh seksa ni hampir berakhir. Walaupun tesis... erk, abaikan perkataan itu, teruskan je dengan apa yang sedang bermain di pikiran.

SHES 3062.
Bermula dengan group formation yang sedikit mengujakan. Mulut yang sedikit ngengada menyebabkan terjanji bukan-bukan hingga terpaksa menebalkan muka menunaikan janji untuk serangkap lagu feberet lengkap dengan dance stepnya sekali. Heh, tapi berjaya melepaskan diri dengan baik tanpa budak kecik merangkap ketua kumpulan boleh memaksa adegan itu diulang tayang. Hehe....

Aku buat ok~! Dengan helaan senafas dan pandangan sekilas. Wahaha...





Seterusnya adegan duduk semeja berenam buat kali terakhir dengan pandangan yang hanya merenung bumi, yang membawa kepada adegan ala-ala gaduh manja di DK MELOR usai kelas dek keputusan yang kelihatan agak kejam pada sesetengah pihak. Walaupun segalanya berakhir dengan agak baik, namun bak pokok yang ditakik, meskipun tak memendekkan hayat sang pokok, tapi parut kesan takikan tetap ada. Selaku penakik, hanya mampu berharap sang pokok terus sihat dan segar bugar menghasilkan buah yang sihat dan berkhasiat tanpa sebarang implikasi.






Dan selepas itu adalah sesi pengembaraan yang berulang-ulang. Adakala sambil bergelak bagai berlima, ada masa berposing bagai berempat di tasik nan permai, ada ketika berkaliber penuh karisma menemubual dan menjadi pendengar kisah kenangan opah-opah, dan ada juga waktu tercongok menunggu hujan turun.




Orang kata, dalam suka tentu ada dukanya. Dalam gembira, tentu ada detik amarah meraja. Ada ketika-ketikanya apabila tekanan menyesak fkiran, suara meninggi jugak yang jadi pilihan. Tapi bak kata jiwang-jiwang, yang best-best, ukirla atas batu, yang sakit-sakit senak-senak, ukir je atas air. Jadi, abaikan saja beberapa peratus yang tak mendatangkan paedah untuk dikenang tuh. ;p

Yang tak mengeringkan gusi dan melenguhkan gigi, memang sangat banyak sampai sesetengahnya dah terhilang dari ingatan, melimpah-limpah. Sesi adik kesayangan dan kakak kesayangan, sesi mengenakan adik kesayangan si kakak kesayangan, sesi kakak kesayangan dikenakan si adik kesayangan. Dan sesi melalut tah pape sampaikan tutor sekali dilalutkan.

Sesi cek slide bersama tutor.....


Lagi beberapa jam, 0900 adalah pembentangan.


save the earth...