Khamis, 8 April 2010

Di Ambang Cinta: Jangan Ganggu Beliau~!

Di Ambang Cinta sudah banyak menderita kerana menurutkan perangai dan telatah aku. Setakat berhujan, berpanas, telinga dipulas-pulas, belakang dipijak-pijak, ditoreh, leher dipatah-patah, semuanya alah bisa tegal biasa. Hanya kerana aku.

Awal berkongsi hidup bersama beliau, beliau selalu menjadi mangsa amuk dan rungutan aku. Apabila beliau meminta perhatian sesekali, pasti aku marah-marah tanpa belas kasihan. Jika beliau enggan menurut arahan aku untuk ke sana dan ke sini, tanpa berpikir panjang aku tinggalkan saja beliau.

Pernah aku tinggalkan beliau kesunyian di Akademi Pengajian Islam hanya kerana beliau berada dalam keadaan tidak sihat dan tak mampu menemani aku. Setelah tamat urusan barulah aku mendapatkan beliau semula. Malangnya, bukannya aku nak memujuk bersembang mesra sepeti pasangan lain, malah senyum pun tidak. Waktu itu, Di Ambang Cinta hanyalah suatu batu loncatan saja pada pandangan aku. Tak lebih dari itu. Kerana itulah aku selalu membentak dengan beliau.

Tapi, lama kelamaan, aku mulai sedar bahawasanya beliau sangat baik dan bertolak ansur. Meskipun pada awal semester ini beliau kelihatan sengaja mengada-ngada dan sering memalukan aku apabila enggan bertugas seperti selalu, hingga semua pujuk aku dipandang sebelah mata.

Sekarang aku sudah semakin memahami beliau. Apa yang berlaku tempohari, bukanlah kehendak beliau. Di Ambang Cinta memang disabotaj sejak awal. Beliau telah diganggu sehingga gagal berfungsi dengan baik. Lebih kesian, aku tak memahami kata-kata beliau bahawasanya beliau tidak bersalah.

Tapi Di Ambang Cinta, kali ini aku dah tahu. Memang ko x bersalah. Sape yang bersalah, biarkan saja. Mungkin satu keseronokan menjadi orang ketiga antara kita. Asalkan kita saling mempercayai antara satu sama lain, apa saja rintangan yang mendatang pasti kita dapat tempuhi bersama. Percaya la~!



Wahai orang yang mendajalkan Di Ambang Cinta kesayangan aku, anda kalo ada masalah dengan aku cari la aku, sila la jangan mengapa-apakan Di Ambang Cinta, beliau tidak bersalah. Lain kali, ada apa-apa masalah dengan aku, cari aku saja, ye.




save the earth...