Khamis, 1 April 2010

Bertabahlah...Pija & Una~!

Kurang sejam nak kena submit eseimen Integrated Pest Management, charger laptop Una meletup, disusuli beberapa charger laptop kekawan yang lain yang ketika itu berada di kolej 11, UM.

Tak lama kemudian, charger lappy Pija mengalami perkara yang sama. Satu bunyi letupan kedengaran diikuti asap dan bau hangit.

Kedua-duanya terpaksa menggunakan khidmat CC kolej 11 yang kebetulan mengalami kesemputan untuk capaian internet. Alhamdulillah, berjaya jugak eseimen dihantar meskipun terlambat 5 minit dari waktu yang ditetapkan. Timekasih kak tutor yang masih menunggu meskipun masa ditetapkan telah berlalu.

Namun, episod lappy dan charger yang meletup akan menjadi bebanan buat sementara waktu ini memandangkan esok Una dan Pija masih mempunyai eseimen yang perlu dihantar. Malah, Sabtu adalah hari pembentangan. Minggu depan mau atau tidak perlu submit draf thesis pada SV.

Justeru, sesama la mendoakan semoga deduanya bertabah menghadapi ujian dan cabaran ini.

Una, Pija.... la tahzan, innallaha ma'aa na.

Jangan risau ye Pija, kalau duit Pija dah kesempitan sebab terpaksa beli charger baru, jangan lupa bahawa Pija mempunyai adik kesayangan yang MESTI membantu kakak kesayangannya yang dalam kesusahan.







save the earth...