Isnin, 30 November 2009

MAKHLUK SUPER GANGSTERZZ

Berkemas-kemas rumah dan apa yang ada untuk sambut raya beberapa hari lepas, terjumpa balik kertas-kertas super comel yang terlonggok di celah-celah dinding. Kertas-kertas komen dan muhasabah Majmuah 1 sewaktu masih di UM Nilam Puri.

Heh, banyaknya komen! Paling banyak aku dapat adalah pada semester terakhir di sana. Dalam 28 orang yang perlu bagi komen, aku dapat 24. Maksudnya, hampir semua orang ada sesuatu yang nak dikatakan pada aku. Betapa cemerlangnya popularity aku semasa itu. ;P

Cuma, bila sekali lagi menatap titipan tu semua, dah tak mampu lagi mengecam tulisan masing-masing, kecuali yang meninggalkan kesan dan bekas saat aku menerimanya beberapa tahun dulu.

Majoriti komen yang diberikan, dari sahabat perempuan kebanyakan meminta aku berhati-hati dalam berbicara, dalam meluahkan ketidakpuasan hati, supaya tak terjadi 'cakap tak supe bikin'. Ada juga yang meminta supaya aku tak membenci dirinya. Terpaksa la aku tersenyum waktu terbaca kata-kata tersebut.

Dari sahabat lelaki plak, lebih kurang sama juga, menasihatkan aku agar tidak terlalu telus dalam berkata-kata agar bicara lidah ni tak menyinggung mana-mana hati yang agak rapuh dalam mendengar sebarang kebenaran. Plus sikit, beberapa sahabat lelaki merangkap teman-teman sekelas menasihatkan agar menjaga aurat dengan lebih berhati-hati dan tak kurang meminta agar mengekalkan imej sopan santun ayu sebaga bagai di Nilam Puri hingga ke UM KL. Heh, aku tersengeh.

Ternyata, aku semasa semester 4 di sana telah menyakitkan perasaan banyak pihak. Apa aku buat ek? Aku agak ingat-ingat lupa la....

1. Paling meninggalkan kesan pastilah berkenaan KEM di Bukit Bakar, bila aku selamba sound bodoh ketua kelas dalam kelas depan sume orang. Mempersoalkan kewibawaan dan tindakan serta keputusan beliau yang di mata aku dah ala-ala penguasaan kuku besi. Sampai salah sorang classmate terpaksa keluar kelas masa tu, mungkin tak tahan dengan kelantangan aku. ;P (sori... masih terasa nak gelak...)

2. Kemudian, aku perasan, kawan-kawan aku ni mula ala-ala takut ngan aku bila aku perlu berbincang dengan partner aku, inche budak Pasir Mas tu. Masa tu inche dari Bentong tu ada cakap sesuatu yang menyebabkan bebola mata aku membesar hampir dua kali ganda dari saiz asal. Lantas inche dari Bentong yang sangat sukar tersenyum tu tergelak ala-ala tersipu sambil mengeluarkan dialog yang berbunyi : "Pagi ni sejuk lagi...".

Untuk kali pertama, aku ingin dedahkan kenyataannya, aku langsung tak rasa bengang ngan kekata beliau waktu tu, sebab aku lebih kepada mengawal diri dari tergelak dengan senyum malu-malu beliau yang ala-ala gaya anak dara kena risik. Tapi untuk menjaga imej selaku awek paling macho waktu tu, terpaksa la aku tegangkan muka ketat-ketat dan tayang muka tensen tak hengat. Hakikatnya, balik je bilik aku bergegas carik member kamceng aku waktu tu dan terus belasah gelak tak ingat dunia.

3. Post-moterm selepas tamat KEM 3 hari 2 malam tersebut. Aku dan member kamceng aku masa tu yang memang tak setuju ngan pengisian beberapa hari tu mengambil peluang ni untuk meluahkan ketidakpuasan hati memasing. Cumanya, sahabat aku tu lebih senang membiarkan aku yang bersuara sebagai medium, manakala beliau sendiri lebih gemar sebagai pemerhati sahaja. Justeru, sebaik tiba giliran inche Akmal (ada aku ceritakan perihal beliau di sini) membentangkan part beliau, aku dengan sengaja telah mengambil peluang mempersoalkan pelbagai perkara. Apatah lagi apabila beliau cuba mempertahankan diri, aku lagi seronok tadah muka bengang ala-ala blurr. Walhal, hakikatnya, walaupun aku sedikit kurang selesa dengan pengisian beliau, sebetulnya aku tak pedulik pun.

Cuma, kerana ada sedikit rasa geram dengan gelaran 'pembangkang' yang diberikan kepada aku dan kawan aku yang sorang tu secara underground, aku sengaja mencari pasal. Persoalkan itu ini. Alang-alang nak kata aku kaki bantah, aku jadikkan je kekata tu satu kenyataan yang tak ternafikan. Heh! Satu keseronokan untuk aku melihat wajah-wajah tension waktu itu. Agak jahat di situ. Hehe...

Kerana ketiga peristiwa inilah aku mendapat komen-komen sebegini;

"...cubalah kawal perasaan dan berhatilah dalam percakapan kerana boleh menyinggung perasaan orang lain.."

"Anda mempunyai keberanian dalam membicarakan sesuatu, tapi harus diingat tak semua harus dibicarakan takut ada yang terguris."

"...janganlah terlalu garang apabila bercakap tentang sesuatu perkara yang anda tak puas hati.."

"saya harap awak dapat kawal sikit emosi.."

"...jangan terlalu blame orang.."

"...kot ye nak marah pun cover-cover lah sikit...
"

Yang agak bersopan santun sikit begini pulak;

"Janganlah mudah berkecil hati ye..."

Dan banyak lagik......

Walaupun komen-komen tersebut banyak menjurus kepada sikap aku satu semester tu je, tapi pandangan tu telah dibawa hingga sekarang.

Aku masih dipandang umpama seekor naga yang boleh menyemburkan api dari mulut bila-bila masa. Dan aku menikmati pandangan itu. Hehe... Bukan sekadar omong kosong. Buktinya, hingga sekarang masih ada antara ex-classmate aku yang berani-berani tikus menyapa bila bertemu di mana-mana. Hehe...

Apa sekalipun, semua komen tu masih selamat dalam simpanan aku dan mungkin akan terus selamat andai dinding rumah aku tak kopak dimamah anai-anai. ;)



p/s: Baru seminggu kat kampung dah macam-macam aku jumpa, esok lusa tatau apa pulak aku jumpa...


save the earth...