Isnin, 2 November 2009

Mereka berkata

sesetengah orang menganggap mengingati kenangan adalah perkara bodoh.
pada aku, kenangan adalah sebahagian kehidupan. melupakan kenangan, adakala semacam mengabaikan kenyataan.

sesetengah orang mengatakan bergurukan pengalaman adalah apa yang orang bodoh lakukan.
pada aku, pengalaman adalah guru yang selalu memberikan pengajaran paling ampuh. dan nilai pengajaran yang didapati dari pengalaman sendirik, sampai mati takkan terlupakan bagi yang ingin terus mengingati.

sesetengah orang mempersoalkan perlukah terus kembali ke masa-masa silam yang dah lama ditinggalkan.
pada aku, masa silam adalah pencorak masa depan.

sesetengah mengungkapkan, tak kira berapa kali terjatuh, yang penting mesti terus bangun!
pada aku, tak kira berapa kali terjatuh, bagaimana terjatuh, kenapa terjatuh, mengapa mesti jatuh, yang penting, teruskan langkah, walaupun sopak, walaupun sumbang, walaupun kekok menapak.

kata mereka, maafkan orang!
kata aku, maafkan diri korang sendiri dulu.

kata mereka, mimpi tu memang lebih manis dan indah dari kenyataan.
kata aku, mimpi yang paling manis pun bukan tandingan sekelat pahit sekeping hakikat.

kata mereka, abaikan yang mengeji!
kata aku, maaf, aku peduli.

apa yang mereka ucapkan, selalu kerana ingin melepaskan galas tanggungjawab terpikul di bahu. bukan kerana ingin membantu.
bila ungkapan bagai angin yang lalu,
kebenaran tetap akan kukuh terpaku.












ikhlas, bukan bagai pawana yang hadirnya dapat dirasa.













p/s: aku x dapat study..........!!!!!!!!!!!!!!!! mencikkk......

save the earth...