Ahad, 22 November 2009

Banjir

Kira-kira jam 1230 21 November bertolak dari Ampang Jaya. Pengalaman pertama pulang ke kampung dengan sepupu. Heh,berbeza dengan balik dengan pakcik makcik. Diorang ni jenis yang tak berenti kat memana kecuali untuk ke tandas dan semayang. Makan minum sume dalam kereta.

Sebelum memulakan perjalanan, macam-macam bekal dibawak, dari megi goreng, buah-buah tiga pat jenis, asam, fries, wedges, coklat dan macam-macam bagai.

Aku macam biasa la, untuk perjalanan jauh tugas aku adalah, tidur. jadi, aku tidur di sepertiga perjalanan.

Sepanjang perjalanan hujan turun tak berenti, dari KL hinggalah ke Kelantan. Beberapa kilometer dari Kuala Krai, abang aku call dari kampung meminta kami menukar haluan dari ke ke Kuala Krai supaya ke Dabong seterunsnya ke Jeli untuk ke Kota Bharu kerana menurut beliau beberapa minit yang lalu baru je diumumkan di radio air Sungai Durian melimpah dan jalan tersebut telah ditutup untuk kenderaan ringan.

Mantap... masa tu kitorang baru je terlepas Dabong. Kerana kepenatan sepupu aku memutuskan untuk meneruskan haluan dan mencuba nasib saja. Kerana jam sudah hampir pukul 1900, jadi beliau berenti menunaikan solat maghrib terlebih dulu.

Kira-kira 1930 perjalanan diteruskan dan jalan jammed apabila menghampiri jalan yang dikatakan ditutup itu. Waktu tu kelihatan ada beberapa gerai goreng pisang yang dibuka di kiri kanan jalan. Kelihatan jugak orang-orang kampung berjalan ke sana sini dengan berpayung. Ada yang berjalan bersorang-sorang, bersaing-saing dan beramai-ramai. Sekali pandang tak ubah seperti ada pesta atau pasar malam saja.

Walhal, kenyataannya, mereka adalah orang-orang kampung yang sengaja meredah hujan untuk melihat air sungai yang telah melimpah. Beginilah tradisi di sini, musim banjir kadangkada dianggap seperti satu pesta meskipun ada masa mereka perlu berpindah apabila sungai sudah mencecah tahap bahaya.

Waktu itu hujan masih turun dengan lebat. Dan aku sempat melihat sebuah rumah yang telah ditenggelami air manakala penghuninya sedang menyelamatkan beberapa barangan dengan perahu.

Sebaik tiba di kawasan yang telah dilimpahi air sungai, kelihatan beberapa anggota polis sedang mengadakan pengawalan. Satu demi satu kereta meredah air yang kira-kira di paras betis orang dewasa. Sepupu aku hanya menggunakan gear satu untuk meredah limpahan air yang beberapa meter itu, tetapi di pertengahan tiba-tiba kereta mengeluarkan bunyi dan kereta bergegar-gegar. Ekzos yang sedikit rendah telah dimasuki air, tapi alhamdulillah enjin tak mati dan kami selamat melepasi kawasan tersebut.

Fuhh.... syukur alhamdulillah. Kalo tak harus la tidor dalam kereta. Tapi aku terperasan masa kitorang tengah meredah air paras betis tadi ada sebuah lori kecik mati enjin dan terperangkap kat situ. Pemandunya cuma mampu membuka pintu lori dan merenung lorinya yang tak boleh bergerak. Kesian pulak tengok beliau. Tapi nak tolong pun tak tau macamana. Tolong tengok jela.

Lebih kurang jam 2100 kitorang pun selamat sampai. Hujan masih turun waktu itu, dan dijangka hanya akan berhenti pada hari Selasa ni. Walaupun sungai cuma di belakang rumah aku, tapi alhamdulillah air tak pernah mencecah tangga rumah. Mungkin kerana kedudukan yang agak tinggi.

Bermula la percutian di rumah.... ;)






p/s: Namnpaknya raya haji dalam hujan tahun ni... huhu



save the earth...