Jumaat, 27 November 2009

BLUES Selamanya.....

Bila balik kampung, menyaksikan adik merangkap SPM Victim yang sedang bertungkus lumus dengan paper beliau, terkenang plak diri sendiri semasa di usia tersebut.

Gigih sungguh menjadikan satu majalah ni sebagai majalah kesayangan dan mesti beli. Sumenya bertitik tolak pada satu ari di tahun 2003. Waktu tu masih di tingkatan 4. Masa tu tersangat lah bosan tatau nak kata. Terasa nak jadikkan satu majalah ni kesayangan, ada jugak yang nak dibuat. (Gaya cam tak payah ambik SPM je masa tu. ;p)

Memula beli REMAJA. Malangnya tak berapa sesuai dengan jiwa yang tak berapa nak remaja. Ternampak BLUES Selamanya. Gambar SAHAK. Teringat, di sekolah gambar ni diharamkan. Atas musabab apa kurang pasti pulak. Maklumlah, asal yang diharamkan tu bukan ada kaitan dengan aku, suka hati la pihak sekolah nak haramkan apa sekali pun. Memang takkan menjadik kudis mahupun meninggalkan bekas. Nafsi-nafsi betul.

Tapi tak beli pun Blues ni masa tu. Sebab rasa cam terjiwang lelebih je tajuk magazinenya pun, tapi sumenya berubah bila classmate aku bagi komen membina berkenaan Blues ni. Kata beliau ;

"Majalah ni nama je BLUES, tapi isi dia ok la. Ilmiah jugak. Tak la sedahsat namanya."

Balik sekolah ari tu jugak aku singgah ke Pustaka Seri Intan, (sebuah kedai alat tulis yang femes di zaman-zaman aku bergelar pelajar) dan beli BLUES isu 44 kalau tak silap.

Bermula detik tu, aku tak penah miss beli majalah ni 2 kali sebulan, dengan harga rm4.50 sebuah. Setiap awal dan pertengahan bulan aku mesti menyerbu memana kedai jual majalah untuk dapatkan isu terbaru BLUES. Walaupun perlu kontrol sikit perbelanjaan untuk spare rm9 setiap bulan, tapi bak kata iklan, berbaloi-baloi.

Aku akan baca majalah tu dari muka depan ke kulit belakang, tanpa skip walau seayat, kecuali ruangan puisi Semberono ke Semberogo, macam tu la namanya lebih kurang. Bukanlah ruangan tu tak best, tapi aku agak tak masuk dengan puisi ala-ala Indonesia beliau, itu saja.

Yang bestnya majalah ni, ceritanya sangat best, ada cerita seram, drama, romantis, dan macam-macam lagikla. Ada lawak-lawak antarabangsa sesekali, tapi kebanyakannya tak menyebabkan diarrhea andai dibaca berkali-kali. Yang aku paling suka, cerita-cerita bersiri dalam tu.

Ada satu ruangan ditulis oleh Brader Macho kalau aku tak silap, selalu jadik mangsa hentaman kaum hawa, sebab Brad ni suka menulis mengenai insan awek-awek yang suka menayangkan aset masing-masing. Ada antara kekata Brad yang agak straight seperti kaum wanita sendiri mengundang perogol, menyebabkan mereka dan orang lain yang memandang mereka berdosa dan banyak lagi ayat-ayat yang adakala boleh meledakkan marah andai saja disalahtafsir.

Waktu sedang menduduki SPM sekalipun, aku masih tetap membeli majalah ini dan menyimpannya sehingga tamat SPM barulah dibaca. Semua gara-gara tamau terlepas walau satu isu.

Cuma, apabila memasuki Asasi di Nilam Puri, agak sukar untuk aku dapatkan majalah ni kerana sangat jarang kedai-kedai di kawasan tersebut menjual malajah seperti ini. Apatah lagik Nilam Puri adalah kawasan buku-buku agama, permintaan terhadap BLUS memanglah agak kurang. Adamasa aku terpaksa mencuri masa ke Ketereh untuk mendapatkan majalah ni. Malangnya agak sukar untuk aku ke sana memandangkan aku masih belum memiliki lesen motosikal waktu tu. Nak ke mana-mana tentu-tentu lah memerlukan kebenaran mak ayah dan mesti bersama sesatunya abang aku yang memang payah betul nak ajak ke mana-mana.

Ditambah lagi, di Asasi aku tu, majalah BLUES adalah antara yang diharamkan sama sekali. Alasannya kerana ia melalaikan. Ironinya, sebahagian kekata Brad dalam ruangannya dan kekadang intipati bicara Rodin di muka depan BLUES antara yang memenuh di dinding ruangan tazkirah mingguan asrama. Ada jugak la rasa nak bawak je majalah tersebut dan tunjukkan kat Biro berkenaan bahawasanya mereka telah meludah ke langit dan menadah dengan muka sendirik dengan menggunakan bahan dari majalah yang kononnya melalaikan menurut perkiraan kanak-kanak mereka. Tapi memandangkan waktu itu aku masih sangat pasif, jadi aku sekadar mengelengkan kepada saja. Pedulikkan, janji aku tau apa itu BLUES.

Aku cuba-cuba juga mencari jalan bagaimana mau meneruskan jadi pembaca setia majalah ni dengan cuba melanggannya, malangnya aku tak punya cara terbaik untuk menyelsaikan masalah ini pada waktu itu. Justeru, pada tahun 2007, aku berhenti membeli majalah ni pada isu 111 atau 109.

Agak sedih tapi terpaksa. Aku juga tak suka andainya majalah ni dirampas mereka yang 'berkuasa' nanti.

Balik kampung, kadangkala aku sengaja tamau memandang pun longgokan majalah nih, risau tekad tinggal tekad. Heh!

Tapi bila melihatkan adik aku yang gigih mengumpul majalah KLIK, pasti senyum tersungging, macam tu lah gigihnya aku beberapa tahun yang lepas.




sebahagian dari koleksi aku. kadang-kadang aku masih gigih menyelak helai demi helai.





antara ruangan peberet waktu tu, Kerana Kau Perempuan tulisan Brad, Hattori High School atau pape je karya Jakall, Love Make Me Crazy, kisah adik beradik yatim piatu yang kekadang sengal, karya siapa aku dah lupa.... hehe...





ni plak koleksi adik aku. tapi masih belum mampu tandingi koleksi aku tentunya. heh!





p/s: Orang beraya aku plak teringat cte lama.... adess....


save the earth...