Jumaat, 11 September 2009

Kecik-Kecik Cili Padi....

kecik-kecik cili padi, kecik lagi nanoteknologi.

nanoteknologi ialah satu bidang sains yang membawa bidang sains yang ada hari ni ke skala nano yang berukuran 1nanometer. kejayaan teknologi ni telah menghasilkan losyen-losyen pelindung matahari yang lebih baik dan lebih berkesan serta jugak pakaian kalis air.

kat malaysia dah banyak ipt yang memulakan penyelidikan dalam teknologi ni tapi buat masa sekarang paling femes adalah usm yang mana dah berjaya menghasilkan nanotiub karbon berdinding berlapis dan sedang berusaha menghasilkan nanotiub karbon dinding tunggal. nanotiubkarbon atau CNT (carbonnanotube) ni merupakan basic kepada penghasilan alatan baru dalam bidang elektronik contohnya monitor komputer atau laptop yang nipis, ringan dan bermutu tinggi, menukarkan henset yang satu masa dulu sama besar dengan cordless phone kepada henset yang nyaris-nyaris hilang dalam genggaman. kewujudan memori kad yang boleh menyimpan segala bagai menda dari gambar, video, lagu, dan seangkatan dengannya.

dalam rancangan malaysia ke8 kerajaan dah pun memperuntukkan USD38juta bersamaan RM144 juta. dan sekarang ni sedang ingin menubuhkan satu pusat penyelidikan khusus plak.

aspek penting dalam kajian nano ni sekarang adalah CNT dan dalam pasaran US dan Jepun CNT ni ni sekarang bernilai kira-kira USD700juta yang jugak lebih kurang RM2.66billion. tapi Malaysia nan terchenta ni cuba mengurangkan kos setinggi tu dengan memanfaatkan sumber gas asli mudah diperoleh untuk menghasilkan CNT ni, iaitu dengan menggunakan metana.

maanfaat dan faedah teknologi ni pulak bersusun-susun bagai mangkuk tingkat antaranya save ruang, save masa, mudah, cepat dan pantas.

tapi kata mana ada kebaikan tentu-tentu la ada keburukannya.

memandangkan nani adalah sesuatu yg tersangat amat kecik, jadi penyelidik nanoteknologi berisiko menyedut masuk hablur-hablur seni ni ke dalam sistem tubuh memasing yang mana memungkinkan kesan buruk dalam jangka masa panjang. selain tu plak, setakat ni belum ada yang membincangkan cemana nak disposekan sisa nano ni.

x kan nak dumped kat landfill kot?

dalam Islam plak, setakat ni blum ada sebarang fatwa atau pendapat khusus mengenai naoteknologi ni, mungkin sbb teknologi ni masih baru dan masih belum jelas apa yg teknologi ni mampu bagi pada dunia, baik atau buruknya.

so, selagi ia mendatangkan kebaikan, no hal la... btol x?



p/s:pergh.... ilmiah jugak aku ye! hehe... tapi bila ditanya beza kimoterapi dan teknologi nano dalam mengendalikan masalah kanser dan sebagainya, mintak mahap... aku telah menjawab sesuka hati aku adanya.... =)
jadi, andai kata ada yg terpercaya ngan jawapan aku, lagi sekali, sempena bulan pose yg mulia dan penuh rahmat ni, maapkan aku ye....

save the earth...

Tiada ulasan: