Isnin, 7 September 2009

Fire....! Fire...!

hampir gempar jugak blok bioinfomatik bila 11 orang berpakaian serba hitam-merah-hitam berlegar-legar seawal jam 8 pagi. pelekat-pelekat berlabel 'music trading' plak sederet memenuhi sebahagian lantai simen, manakala anak panah berwarna merah senada dengan uniform memasing jugak kelihatan di sebahagian dinding.

jam 0911, satu jeritan terdengar dari tingkat paling atas bangunan tersebut.

"fire! fire!"


pun begitu, jeritan tersebut kedengaran sedikit macho dan tidak terdapat nada cemas di situ.

namun, sesaat kemudian jeritan loceng kecemasan memanjang.

beberapa detik kemudian segerombolan pelajar berbondong-bondong menuruni anak tangga.
wajah masing-masing kelihatan tenang dan ada sesetengahnya sempat meleretkan senyuman kambing detik melangkah ke assembly point.

gaya jalan ayu habis....!!

seminit 46 saat kemudian sekumpulan pelajar berkumpul di assembly point yang hanya beberapa langkah dari tangga terakhir. di situ mereka diberi taklimat ringkas oleh salah sorang anggota berpakaian hitam-merah-hitam berkenaan fire estinguisher dan lain-lain. di sebelahnya terdapat seorang lagi yang berpakaian sama sedang memegang first aid. manakala 9 orang yang lain sedang berdiri sederet berhadapan dengan kumpulan pelajar yang sedang mendengar penerangan tersebut. setiap orang dipanggil namanya kemudiannya.

sebaik sahaja tamat, tepukan bergemuruh. (walopun sebenarnya x la bergemuruh sgt pun..)


tamat tugas kumpulan 2 kelas OSH yang mesti mengadakan firedrill di blok D iaitu blok bioinfomatik.


giliran lecturer bagi komen....


"so far so good.." katanya sedikit tersenyum, matanya masih pada helaian kertas kat tangan.


"tapi pada kumpulan 3 dan 4 jangan bunyikan alarm tu continuesly cam tadi ye, nanti satu bangunan pulak keluar," sambungnya lagi dalam bahasa ibunda AS. sengeh bergayutan di wajahnya.


** imbas kembali**

kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiingggggg!!!!!
kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiingggggg!!!!!

** tamat imbas kembali**

heh, memang macam firedrill btol panjangnya!

tepukan kembali kedengaran sekali lagi sebelum dismiss.


akhirnya! setel sudah firedrill. boleh beraya dengan bahagia!

ooo ye. sebenarnya kelas ni semua orang kena buat firedrill sebagai eseimen. nanti kena siapkan report plak. kumpulan kitorang sepatutnya kumpulan 1, buat kat bangunan B atau bangunan ISB, tapi memandangkan ada kumpulan lain yang bersemangat nak bangunan tu maka kitorang ngan baik hatinya bagi jela. (haha)

tapi memandangkan kumpulan tersebut telah melakukan sedikit kesilapan di mana mereka dah tertinggal list name pelajar, jadi mereka dah tertinggal satu prosedur iaitu membuat roll-call atau memanggil sume nama pelajar. so, ada marks deduction barangkali.

justeru, kitorang dah agak mengambil iktibar dari perkara tersebut dan telah melakukan beberapa siri meeting dan list check up sebelum berlangsungnya firedrill ni. alhamdulillah, dan ngan perasannya aku ngin menobatkan kumpulan aku telah membuat kumpulan-kumpulan yg lain jeles dan ingin mencontohi kumpulan ni. (hehekkk...)

buktinya sebaik je habis, ada je kumpulan lain yg nak pinjam peralatan kitorang. selain tu jugak, ada je yg nak pakai merah cam kitorang gak. heh, best x? hihi....


pra-persediaan sehari sebelum kejadian sebenar.... sila lihat inche zul yang berpakaian kemas baru balik dari masjid jamek membeli kain pasang untuk.... =)

pelajar-pelajar dan anggota hitam-merah-hitam...

inilah anggota-anggota bomba khas yang telah bertugas pada hari tersebut.... anggota bomba yang ke 4 dari kiri telah menunjukkan semangat yang tak berbelah bagi dengan telah membeli baju tersebut khas untuk kejadian ini... tahniah kepada beliau...


save the earth...

2 ulasan:

nurul iftitah a.k.a ifti da' toteq berkata...

blog baru sy..:)

ismi_fizs berkata...

wah...patut la ada bau kedai kain wk2 fire drill tu...ada org pkai bj baru rupanya...tahniah la utk "beliau" itu...hehehe