Sabtu, 19 September 2009

Aidilfitri 1430H

sambutan aidilfitri kat rumah aku tahun ni agak baik berbanding tahun-tahun sebelumnya yang biasanya kelam kabut dan kelam ribut.

tahun-tahun sebelum ni, pasti malam raya x mungkin ada ruang untuk tonton itu ini kecuali takbir raya. gerenti rumah sekadar dipenuhi jerit arah itu ini. kemas rumah, isi kue raya dalam balang, basuh balang, basuh baju raya, tukar sampul kusyen dan memacam lagi.

dan biasanya aku hanya akan buat apa yg aku nak buat saja dengan mengabaikan kesemua yang lain. (heh, jangan contohi perangai ini!)

alhamdulillah tahun ni, tahun ketiga perlu menempuh perjalanan hampir 8 jam untuk kembali ke kampung halaman untuk menyambut raya, agak baik.

beberapa hari nak raya rumah dah dikemas. kueh dibuat seadanya, sekadar semata. baju raya dah basuh, kering dan dah siap diiron sumenya. telekung pun dah dibasuh tinggal nak bawak esok pagi saja. sarung kusyen ditukar dengan gaya sangat santai dan tiada tekanan langsung. juga boleh menaip satu entry raya. =)

oo ye, kek batek plak belum dibuat. andai kata adik aku yang ke kedai sekarang balik ngan bahan-bahannya, insyaAllah berkek batek jugak la raya ni, kalo x, memadai la ngan apa yg ada. haha...

berikut adalah gambar-gambar yang sengaja aku snap semasa proses mengemas rumah untuk raya dan hari-hari seterusnya.













tapi nampaknya brukben aku agak slow, jadi nanti2 la aku upload ye...




save the earth...

2 ulasan:

joegrimjow berkata...

tadi baru main mercun lepas takbir

nmEsfie berkata...

main mercun? x aci...mana dapat? bak sini seplastik! =p