sehari sebelum tu, aku ngan grup iwm ke hotel grand season untuk sesi menemubual stakeholder seterusnya iaitu pihak CIDB. dari stesen universiti ke kl sentral dan kemudiannya amik plak monorail ke chow kit. seterusnya berjalan kaki beberapa langkah menyelusuri jalan pahang sebelum selamat tiba di hotel tersebut.
meskipun mulanya agak cuak dengan lokasi tersebut tapi apabila bertemu ngan pihak cidb kerisauan pun menghilang ngan kebaikan puan tersebut menjawab soalan demi soalan yang meluncur dari shan dan pija. inche ali plak masih ada mood nak mengenakan shan dan aku semasa sesi tersebut. syukur la masih dalam keadaan formal, kalo x harus ada yang balik dengan dahi berbenjol.
sesi temubual tamat kira-kira jam 1220. menapak keluar dengan muka bahagia masing-masing sempat berposing di sekitar hotel tersebut.
kemudian, dari chow kit kami sengaja berjalan kaki hingga ke masjid jamek dan kemudiannya berpisah di situ kerana aku masih ingin shopping buat kali terakhir sebelum balik beraya di kampung.
sekarang masa untuk buat kueh raya!
save the earth...
1 ulasan:
menarik2....nanti da tua leh represh blik kengan interbiew dgn akk2 ni...hahaha
Catat Ulasan