Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Lebaran

selamat berhari raya....

sambutan raya yang sempurna. dimulakan dengan semayang sunat raya (tanpa kena paksa bangun di pagi raya...hehe) dan kendiannya ke rumah nenek (juga tanpa paksaan) seterusnya menerima kunjungan jejiran dan sanak sedara. (part paling best ialah bila x yah kena kerah masuk dapur dan x kena sound. ahahaha... jangan contohi perangai ini ye..)

raya yang bahagia... masih menerima kiriman sms raya walopun dah menjelang raya kedua. tenkiu... tenkiu....

pun, masih ada yang sedikit x best. salah sorang kawan since 6 years old, dengar kabar sedang ditahan di ppum bila beliau jatuh pengsan dua hari sebelum raya di mana malamnya beliau dijadualkan menaiki bas balik ke kampung. dan hingga sekarang berita terbaru yang diterima beliau telah dimasukkan ubat dan dijangka akan berada di ppum untuk beberapa hari lagi. cuba hubungi beliau menerusi telefon bimbitnya malangnya x berjawab. semoga Allah terus memberi kesihatan dan peluang kepada beliau. amin..

jadual diri sendiri pula, sebenarnya agak teruk sedikit. sementara adik-adik sedang sibuk melayan tamu di luar, diri sendiri plak dengan baik dan sopannya melayan movie yang sebenanrnya dah berkali-kali ditonton. x bersemangat raya btol...

dan, ada sedikit risau soal nak menanam-nanam bila balik um beberapa hari lagi. benih tomato dan bunga belum cari lagi. ish, masa semakin suntuk ni! nak buat projek ke tak ni?? gaya macam nak mengulang sejarah mereka yang fail jer.... mintak dijauhkan! =)

esok atau lusa mungkin nak ke rumah kawan-kawan. tapi masih belum ada kepastian. tapi x pe la. masih nak melayan movie... hehe...







save the earth...

Tiada ulasan: