Selasa, 29 September 2009

Terduga... isk

"aku baru lepas jumpa supervisor kita."

"ha, macamana? apa katanya?"

"dia kata, dia rasa nak tarik diri jadi supervisor kita."

trasa nak hempuk kepala ke tilam membaca ayat ini.

penjelasan beliau adalah, kitorang yg buat projek under dia ni x buat keje ikut cara dia. dan kitorang ni x buat keje.

erkhh..... sedih btol.

aku : kemain la hari-hari (kecuali bila hujan dan tersangat x sempat) pegi rooftop lab semata-mata nak bukak tong sampah, kacau, dan tutup semula selama sebulan.

kawan aku : kemain la singkatkan masa beraya, balik um awal-awal semata-mata berulang-alik ke lab untuk siapkan projek.

kawan aku : kemain la cari sifu bertauliah dan x bertauliah semata-mata nak lago expert dengan projek yang sedang dibuat.

aku : kemain la susah-payah pikir dan carik info apakah bebenih plant paling seswai nak diapply ngan GE. bersengkang mata tadah telinga dan jiwa memahamkan apa itu proses bercucuk-tanam.

"supervisor nak tarik diri sbb kita x buat kerja ikut cara dia."

isk... dugaan student yang buat projek.

tapi apakah aku dan kawan-kawanku akan berpatah arang berkerat rotan ngan supervisor hanya kerana beliau keciwa ngan performance kitorang?













sama sekali tidak.

GE, here i come.




p/s: nampaknya mungkin aku terpaksa berkampung lama sket kat sini sem-break nanti demi masa depan.... isk. x pe la... akan aku try untuk redha.. rela... dan pasrah!









save the earth...

1 ulasan:

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

biasa la dugaan budak sekolah...huhuhuhu