hari kedua berada di rumah untuk menyambut raya iaitu hari khamis aku ngan adik aku kua kb untuk carik tudung dan kasut raya untuk adik aku, budak yg baru pas trial spm ni, & adik kecik kitorang, si MAW.
baru 3 minggu sejak kali terakhir menjejakkan kaki ke kb, aku nyaris menjadik rusa baru terlepas zoo ngan traffic light dan jejalan kat kb sbb sumenya berubah. banyak one way dan banyak jalan ditutup serta banyak jalan-jalan yg baru dibukak. sumenya gegara parkson yang baru je dibukak. kini giant pun dah ada kat kb.
hampir sume kedai kasut di kb kitorang masuk, tapi adik aku gagal jatuh hati ngan kasut-kasut yg berlambak tuh.
sudahnya, esoknya lepas semayang zohor, sekali lagi aku n adik aku ke kb, kali ni ke kbmall plak meneruskan pencarian. maklumla, andaikata x dapat kasut beliau, harus beliau buat muka donald duck sepanjang raya.
setelah hampir sume kedai menjual kasut kitorang jelajah, akhirnya beliau terkenan ngan sepasang kasut yang.. tatau nk explain. tgk jela kasut tu ye.
balik tu aku saja lalu jalan jauh sket, dan kesilapan kurang cerdik telah aku lakukan. meter minyak moto bapak aku dah rosak, dan aku plak dengan tawakalnya telah tidak memeriksa keadaan minyak dalam tangki.
apa yg terjadi ialah, kira-kira kurang 10 minit nak sampai ke rumah aku, tetibe moto tersebut telah mengeluarkan bunyi yg aneh yang mana seperti akan mati enjinnya bebila masa. saat tu baru terpikir pasal minyak.
tapi aku cuba berlagak cool. mempraktikkan saranan adik aku, aku memperlahankan larian moto. setelah melalui beberapa minit yang mendebarkan, akhirnya moto tu selamat sampai di kedai runcit di kampung kitorang yg ada menjual minyak.
sementara menunggu adik aku beli minyak, aku membuka tangki dan... kering.
itu la kali pertama aku melihat dasar tangki. x penah terjadi sepanjang hayat aku.
setelah menuang sebotol minyak moto ke dalam tangki tersebut, aku cuba hidupkan moto dengan menendang starter seperti biasa. malang buat aku, mungkin tendangan yg terlalu bertenaga, atau moto itu saja-saja nk bergurau senda, justeru selipar yg aku sarung telah terputus. nasib baik tinggal sepelaung je lagi nak sampai rumah.
balik je cam biasa bila diberitahu, mak aku bising bagai x cukup tanah.
huahaha.... nasib la labu. rakan-rakan sekalian jangan diikut sikap dan peel ini ye...
save the earth...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan