Khamis, 10 September 2009

Pantun Pemantun

budak-budak main mercun,
main mercun malam raya,
mintak maaf mintak ampun,
andai ada terkasar bahasa.

doa restu maaf dipinta,
sesama insan di pagi raya,
kekalkan persaudaraan yang ada,
semoga sejahtera kita bersama.

kueh yang ada silala makan x perlu dipilih-pilih,
dihidang dalam bekas nan cantik lagi kukuh,
buang yang keruh amik la yang jernih,
moga persahabatan terus utuh.

pulau pandan jaub ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
hari lebaran disambut meriah,
bermaaf-maafan kita bersama.

anak gajah berwajah cun,
nampak tikus terus lari,
jangan la anda bermain mercun,
kang x pasal-pasal luka sana sini.


p/s : dah masuk soploh terakhir ramadhan ni rupanya...



save the earth...

Tiada ulasan: