Isnin, 31 Ogos 2009

Erti keMERDEKAAN....

apa erti kemerdekaan ke 52 ini buat anda?

1. GENTING......!!!!!
jerit satu suara.

mikrofon dihalakan pada satu lagi gerombolan anak-anak muda yg sedang lepak-lepak di suatu tempat yg berhawa sedikit sejuk.

2. bunga api! tahun ni kureng aa...

3. race aa....

jawab sekumpulan mat-mat moto yg berkumpul di satu selekoh jalan sambil mempheewitt kepada penemuramah. penemuramah segera beredar dengan kadar yg segera.

4. dating, pepegang, pepeluk, pepe aa...
ucap satu pasangan sambil duduk berhimpit-himpitan menahan sejuk.

5. enjoy!
sekumpulan anak-anak muda muka mix campo-campo sambil menari tatau-apa-nama.

6. esok cuti...!
jerit beberapa anak muda sambil baring atas jalan di sebelah moto masing-masing. penemuramah juga x pasti apakah itu sebahagian cara mengurangkan kesejukan.

7. tidur.......
jawapan seorang student sambil tersengguk-sengguk menahan kantuk.

8. bangun pepagi hari bersiap untuk perbarisan.
mereka yg menyertai perbarisan sempena sambutan hari kemerdekaan.

apa plak erti keMERDEKAAN buat anda?

p/s: buat penemuramah, sambutan kemerdekaan kali ni banyak memberi pengetahuan baru. dari jam 2130 30 ogos hingga ke 0740 31 ogos, penemuramah hanya mampu mengangguk.

salam KEMERDEKAAN.



save the earth...

Ahad, 30 Ogos 2009

2889
1430

tengah lepak depan laptop. bukak emel, baca blog dll.

triitttt...... triiitttt....

segera bangun dapatkan henset.

kak nasirah.

hello. ya kak nas?

hello, akak nak ajak bukak puasa kat kelana jaya petang ni. untuk AJK FESKUM.

ala, saya nak pegi umah pakcik la kak, dah lama x pegi ni.

x pe lah, pk dulu, nanti sebelum pukul 5 respon balik kat akak. kalau jadi, kumpul kat KPS pukul 6.

talian mati.

cane ni. sejak bukak sem ni, baru sekali gi umah pakcik, tu pun gi nk amik roadtax je. cemana ek? x pegi kang kecik ati lak pakcik tu.

tingat lak jasa-jasa pakcik yg sorang tu. penah bersusah payah dari dato' keramat ke pantai dalam semata-mata nk hntr anak sedaranya ke um yg ada kelas kat ai kul 8 pagi. pastu sesusah lak ke pantai dalam amik barang-barang anak sedaranya yang ni bila nk pindah plak.

hmm... tapi kan, heh, apa salahnya gi dedua, btol x?

fareast (artis yg wat persembahan lama tu) kat majlis bebukak pose kat kelana sentral...

aku gi je umah pakcik aku kejap, pastu cte la kat dia aku ader bukak pose kat kelana jaya petangnya. makcik aku lak ngan sempoinya cadangkan aku gi je sana, minggu depan aku leh datang bukak pose ngan doram lak. heh, cantik ah!

hazira (protokol), kak masaida (secretary) n yeni asyikin... memasing x sedar aku halakan kamera... hehe...


ooo ye... makanan yg ada makanan aran n makanan cina muslim. bleh tahan la. RM35/nett... hehe... boleh la kot.

save the earth...

Khamis, 27 Ogos 2009

Kisah Benar Sengal**

sepasang suami isteri sedang duduk-duduk selepas berbuka puasa. si isteri sibuk meleraikan pertengkaran anak-anak mereka yang berebut mainan yang sama. si suami menjeling si isteri. untuk seketika rasa kasihan membuak melihatkan si isteri yang tak menang tangan menguruskan hal rumah tangga.

si suami menggaru kepala yang tidak gatal. cemana nih....

erkk.. yang...

ya bang.

sempena bulan baik hari baik ni... abang nak berterus-terang la ngan ayang, kata si suami ngan muka jujur habess...

cakap la, ayang dengar ni...

ayang ingat x awek abang tu? yg selalu mesej abang tu?

ingat. kenapa, abang dah putus dengan dia ke? bagusla...

erk... sebenarnya yang... abang dah menikah ngan dia. kami dah ada anak sorang, dah bape bulan dah....

terkedu si isteri. matanya melingas memerhatikan anak ke-4 dan ke-5 mereka yang sedang bermain.



**notakaki**
**kisah benar di bulan Ramadhan 1430H**






save the earth...

Selasa, 25 Ogos 2009

Mengantuknya...

24 minit nak berbuka.

mengantuk betul. x sangka aku berjaga 46jam tanpa tidur. dalam kelas pun bley mantain lagi tuh. tapi last skali, masuk kelas pengajian sunnah x sempat 15minit, aku terpaksa menyerah pasrah. pelan-pelan aku bangun, tolak daun pintu dan menapak langkah demi langkah ke masjid. mintak maaf la ustaz... saya x tahan sgt ni. bukan sengaja nk tuang kelas ustaz.... bisik aku sambil berjalan dengan memejamkan mata.

masjid di bulan puasa ni.

macam aku agak, melangkah masuk je, bebudak x lagi melepak semata-mata, sebaliknya pakat menadah tafsir sesorang. fenomena biasa di bulan puasa. tapi aku mmg x larat nak join, sebaliknya rasa makin berat bila mendaki anak tangga. sampai tingkat atas, aku landing baik punya, dan pejamkan mata yang makin kelam.

selamba aku tdo, azan zuhur aku bangun, amik wudhu' dan semayang dengan bersesak-sesak. pemandangan biasa di masjid dan surau-surau ketika zohor. haha...

kendian ke kelas balik, selamba amik beg dari pija yang bukan je classmate, tapi merangkap grupmate utk Integrated Waste Management yang nk kena pezen lagi bape minit.

"gi mana tadi?" soal pija sambil tayang lesung pipit.

aku tadah muka penat tahap x hengat.

"tdo."

pija sengeh 4 garis. beg berisi laptop beralih tangan.

x lama kendian sesama merempit gaya bebas ke fak sains. sampai je berkejar ke Lab. sejam kendian tibala masa kumpulan kitang lak pezen...

pergh... masa dah la 15 minit je. sekali si Adik (ekceli ni ketua kitorang... haha) cakap dahla sopan santun, kelajuan yang sgt perlahan. dah gaya orang jalan kaki lepas bersenam 20 km x berenti...

sudah.... bisik aku dalam ati. dah la aku last pezenter. aisehmen...

x lama shan plak amik mic. adess... amoi ni... sama jugak speed dia... mati berdiri btol kali nih... pija dah stat jeling jam dah. aku masih buat bodoh jugak.

sekali bila turn pija, x sempat bape slide bell dah bunyik. bell akan berbunyik bila masa tggl 5 minit.

hape lagi..... cam x cukup jari ngan tangan kaki segala nk tekan laptop. Adik ngan shan dah macam-macam arahan keluar tang tu jugak.

aku? heh... tetap kontrol peace.

sampai turn aku, rasanya masa tinggal kurang 2 minit. apa yg aku buat ialah, aku masuk gear 4 trus lantas menyudahkan pezentation sebaik je bell dibunyikkan sekali lagi tanda masa tamat.

pehhh... tiga-tiga grupmate aku pandang muka aku. antara caye ngan tak aku menggoreng dengan mantap sekali....

mantap la sangat.... kata aku dalam ati.

huahhuahua... sekali kena tibai ngan Daddy kesayangan lean tu. kena jugak..... aku tunduk dalam ati.

i was expecting more from this group, katanya sambil menggelengkan kepala.

oo ye... tajuk entry ialah kerana aku sangat penat dan nk tdo atas tilam sambil peluk bantal merah gong xi fat choi dengan kadar yg sgt segera. tapi memandangkan pija ngan semangatnya ajak aku gi bazar kat pasar malam kat PJ plak, aku tetap gi jugak walopon mata dah hampir terkatup.

dalam pada tu aku sempat tawaf bazar kira-kira 3 kali sebelum beli ayam seketul berharga rm5 dan sebungkus air kelapa.


save the earth...