Jumaat, 2 Oktober 2009

Biyane....

ari 1st ke kelas setelah terpaksa mengurung diri sendirik beberapa hari... tau apa jadik? hehe... dek entry 'terduga..isk', salah sorang member yang berkongsi supervisor ngn aku telah dihujani hujan rintik-rintik dengan soalan-soalan tentang supervisor tersebut.

dan ini menyedarkan aku bahawasanya kawan-kawan aku mmg alert betul dengan perkembangan kawan-kawan doram...

komawo...

berbalik kepada perkara pokok, heh, nasib baik member aku tu tatau aku telah memperincikan beberapa perkara tentang kitorang kat dada ESFIE ni... hehe... biyane...

agak-agak la, andai kata beliau tau, apa respon beliau? mau aku kena marah agaknya... hehek... apa nak dikata, terlajak keta bleh reverse, terlajak berblog, boleh padam... hehe...

moralnya adalah...

selepas ni aku aku cuba lebih berhati-hati dalam menulis apa saja yg terlintas di pikiran... haha..







p/s : penatnya berkejar dari um ke mid valley... haha... esok uptown!! =)



save the earth...

Khamis, 1 Oktober 2009

Nick Baru

dah agak lama aku berpikir nak tulis pasal ni, tapi memandangkan bulan lepas adalah bulan yg agak sibuk dengan segala macam (rasa aku sejak masuk sesi baru julai ni mmg asik bz je...haha) justeru aku x sempat nak menyusun ayat kat sini pasal ni.

apa yg ingin aku utarakan adalah...

menggunakan nama sebenar seseorang kat memana tulisan yang dipublish kepada umum kekadang membahayakan. dan sebenarnya sejak beberapa belas tahun dulu aku mmg x penah menggunakan nama penuh orang dalam memana catatan aku hingga la bila aku kekonon reti berblog bagai ni.

pada satu hari yang tenang sebelum puasa ari tu, bebudak umah aku dah terbaca blog ni masa aku tgh mengupdate.

kesannya aku telah disusuli dengan beberapa siri ugutan. justeru aku memilih untuk kembali ke perangai zaman muda-muda dulu untuk kembali menggunakan nick tah pape yang akan muncul sebaik je tengok orang tu.

pertama... kd_ys.
justifikasi... minat beliau terhadap sesorang yang bernama ys menggunung kinabalu dan setakat ni itulah yg aku terpikir bila tgk dia. (haha...)

kedua... kak baby.
justifikasi... alasan lebih kurang seperti di atas.

ketiga... xx_kj
justifikasi... hampir seperti di atas.

keempat...
lepas ni akan banyak guna nick...
(ini adalah untuk memastikan keselamatan semasa berblog supaya keseronokan berblog tidak akan memberi kesan kurang sihat kepada poket seperti mengelakkan daripada disaman dan seumpama dengannya...)





p/s : zaman sekolah, cikgu-cikgu dan driver bas selalu akan menjadi mangsa nick tah pape... bawang (driver bas sekolah), beger (cikgu), dan macam-macam lagi. setiap nick plak ada je alasannya. cth macam bawang, ba adalah singkatan utk abang, wang plak, sebab beliau akan mengutip bayaran bas sebulan sekali tanpa gagal... =)








save the earth...

Selalu yang Pertama...!

hari pertama bulan spuluh tahun ni.

1. hari pertama menamatkan 'kuarantin' x bertauliah (senyum...)

2. boleh ke mana-mana tanpa akan direnung dengan kerut berselirat di dahi (senyum...)

3. hari pertama akan memulakan status baru selaku pekebun berjaya (senyum...)

4. boleh berjumpa kawan-kawan ngan muka bahagia (senyum lagi...)

5. hari pertama... selalu-lalu akan jadik yang pertama... (sengeh...)





p/s : knapa aku boleh bangun ngan muka bahagia lepas tdo kurang 3 jam dek menunggu donlod sejak sebelum zohor semalam sampai la jam 4 pagi...? haha... virus truk sedang menyerang...




save the earth...

Selasa, 29 September 2009

Terduga... isk

"aku baru lepas jumpa supervisor kita."

"ha, macamana? apa katanya?"

"dia kata, dia rasa nak tarik diri jadi supervisor kita."

trasa nak hempuk kepala ke tilam membaca ayat ini.

penjelasan beliau adalah, kitorang yg buat projek under dia ni x buat keje ikut cara dia. dan kitorang ni x buat keje.

erkhh..... sedih btol.

aku : kemain la hari-hari (kecuali bila hujan dan tersangat x sempat) pegi rooftop lab semata-mata nak bukak tong sampah, kacau, dan tutup semula selama sebulan.

kawan aku : kemain la singkatkan masa beraya, balik um awal-awal semata-mata berulang-alik ke lab untuk siapkan projek.

kawan aku : kemain la cari sifu bertauliah dan x bertauliah semata-mata nak lago expert dengan projek yang sedang dibuat.

aku : kemain la susah-payah pikir dan carik info apakah bebenih plant paling seswai nak diapply ngan GE. bersengkang mata tadah telinga dan jiwa memahamkan apa itu proses bercucuk-tanam.

"supervisor nak tarik diri sbb kita x buat kerja ikut cara dia."

isk... dugaan student yang buat projek.

tapi apakah aku dan kawan-kawanku akan berpatah arang berkerat rotan ngan supervisor hanya kerana beliau keciwa ngan performance kitorang?













sama sekali tidak.

GE, here i come.




p/s: nampaknya mungkin aku terpaksa berkampung lama sket kat sini sem-break nanti demi masa depan.... isk. x pe la... akan aku try untuk redha.. rela... dan pasrah!









save the earth...