Jumaat, 26 Jun 2009
Buntu...
Khamis, 18 Jun 2009
kali ketiga yang aneh, yg menyaksikan kriss menghentak kia spectra, sebuah pertembungan yg pada perkiraan aku, sekurang2nya aku takkan mampu ke opis cam sediakala atau kriss yg bakal bermandi kepingan not 50. pandangan pertama yg jatuh di jari yg pedih dan sedikit terluka dek geseran di dada jalan, dan dihidangkan soalan yg pada perkiraan aku agak ~kelakar, hampir menggagalkan aku untuk berfikir dalam keadaan sedar. cuma selepas beberapa detik, di situ lah aku mengesan keanehan. ada lintasan, ini ujian, atau peringatan? juga ada bisik dalam diam, ini tanda, atau bunga-bunga balasan?
sehari yg menyaksikan ketiadaan aku.
kehadiran prof yg nyata sedikit menggusarkan. tapi hari yg penuh dengan macam-macam perkara di luar jangkaan. langkah yg panjang hingga ke pasir pekan, bawak moto ke kem kijang, join fogging, dan mihun sup tanpa belut. heh!
kendian, 'miniprojek' yg pada aku agak terlambat dan sedikit terlewat. tapi, apa la guna bicara kalo kekata hanya mengundang bencana. so, tergolek atau digolek, sakitnya pasti!
dan, khamis yg tatau cemana, semacam karak yg tersentuh langsir kain. bebenang pantas dihinggap nyalaan membahang. mujurnya, marak belum menggila. sekadar sedikit rasa bengang dek sekujur diri yang enggan menunduk meski kedudukan semakin rapuh di ranting yg mulai keguguran dedaun.
penyudahnya, sebuah panggilan yg memunculkan sebuah lintasan. umur memang sekadar angka. berkali-kali frasa ni jadi pengubat, tapi kali ni ia di luar jangkaan sama sekali. dan sebuah lagi kisah rentetan dari kisah-kisah diperdengarkan. kali ni hanya kelu, dan terkedu.
ringkas kata, minggu yg bakal menjelang moga jadi pengubat untuk ~inche pemimpin, dan jugak jadi pendamai buat kuncu-kuncu praktikal.
dan... to compactors, here we come!
save the earth, dude.
Khamis, 11 Jun 2009
Mendung yang Melanda
tapi rupanya ~cornflakes cukup mudah pecah dan berderai. walau sekadar terhentak ke lantai, terpijak pulak sampai berkecai.
baru mencecah sebulan tempoh di sini, bermacam aktiviti dah sesama kitorang lalui. dari sesama breakfast, sesama naik kompaktor, kendian sesama plak ke pcb, dari gotong royong yang menjadi gotong ~rayau, sesama ke kbmall, meratah ayam & cheeze wedges, berkongsi float, sesama dapat ~telur mas hj.din, & sesama ber~binggo.
cuma bila deretan ~sesi luah meluah berlanjutan, panas yang mulanya menarik dan menghangatkan mula bertukar mendung. angin plak x lagi menyapa senang, sebaliknya mula bertiup kasar dan menbentuk puing-puing kecil. silap langkah yang diatur, bleh terbang melayang timbunan kertas maupun timbunan minitesis yang ik lambakkan.
bertitik-tolak dari senyum yang sengaja dilempar tawar, terseret jadi segaris senyum yang sengaja melindung sakit. bermula dengan tidak senang yang sengaja diukir sekadar menambah babak-babak sehari-hari, berlanjutan jadi sakit yang tak terubatkan.
api yang sengaja dihidupkan sekadar menghangatkan kedinginan, dan suka-suka menambah lempar segala jenis kertas dan bahan mudah bakar, hingga terlupa sedang berada dalam bangunan yang masih ramai masyarakatnya, alpa api dah mula marak tak terkawal. terlalai, angin yang sukar ditebak tiupannya turut jadi sebab nyalaan makin membahang. hilang seketika dari ingatan, walau ia tak penah minum sebaliknya hanya makan, tapi ia sebenarnya sentiasa kelaparan.
api makin marak.
tapi air tak kedapatan di mana-mana.
sempatkah bangunan ni bertahan 3 minggu lagi?
kesengajaan yang sedang memakan diri. mau membenci atau pun mau menyukai, terserah korang. tapi saat memilih untuk membenci dek hanya kehilangan sesuatu yg tak penah pun dimiliki, tersasar sudah pilihan itu. umpama sengaja mengusik k.zu yang bebila masa bleh berikan tamparan maut. =)
justeru, nyalakan unggun kalau mau. tapi bersedialah untuk turut terbakar sama.
well... save the earth! and stop BANGAU-ing, plis!
Ahad, 7 Jun 2009
Member-member...
tapi bila inche ~kacangtanah yg beriya nasihatkan aku supaya gitu gini, bila dia sendirik tertusuk duri dek terusik semalu, tau plak betapa susah nk ~hilangkan ingatan tu. mungkin member aku yg sorang ni terlupa, darah bleh berenti mengalir, luka pun bleh kurang pedihnya, parut pun ada je harapan nk hilang (rajin-rajin la letak bio-oil ye... =p)
bila dah trasa?
minum ais pn bleh je trasa panas. mandi pun bleh rasa rimas. makan nasik pun bleh rasa mamah pasir.
bagi nasihat, cukup best. macam macam petik jari & dapat sume tanpa bukak mulut. dengar nasihat plak banyak level. 1st, dengar nasihat dari miss-know-everything. perghh... rasa cam nk terjun dari tingkat 7. atau, rasa cam nk berkurung dalam ~bilik kecik. pun, rasa nk tgk tb wat tatau apa dia duk bebel. rasa nk carik plaster lekatkan kt mulut dia pun ada gak. 2nd, dengar nasihat dari miss-tooooooo-rasional. "kiter kena anggap ni ujian, ada hikmahnya kat memana... bla3..." kalo wat karangan maunya 4 cawan kopi dr.ismail kena minum nk baca sampai habis. 3rd, miss-philosophy. yg ni ala-ala nk pitam la. beralas-alas bahasa. blum campur ngan bunga-bunga, breathbaby la, daisy la, okid, bla3. 4th, miss-koya-paham. "saya tau... saya paham... saya pun dulu..." erkghhh.... ingat sesi bercerita kisah anda ke? yg kelima lak... miss-try-2-understand. kekadang ok, kkadang mengundang rimas yg tak sikit.
aku paling bingang bila jumpa ngan miss-know-everything. not forgoten miss-toooooooo-rasional. sikit aku tak nafikan, sume apa yg terjadik sume adalah ujian, test & ingatan Tuhan untuk kita. cuma, kekadang, org yg bercakap melihat org yg sedang menanggung beban masalah sebagai org yg nill pasal hakikat ni. (tingat masa F4 aku penah sound sorang classmate pasal being tooooo-rasional ni la... sori ye..)
berbalik pada member ~kacangtanah aku tu. dia pun perlukan ungkapan kata pohon maaf. memang dia bleh berlagak biasa, cam takde pape, tapi tak bleh nk tipu diri sendirik betapa ada rasa seksa menanggung rasa sakit ati tu.
bukan nk pulangkan buah keras ke hape ke, cuma saja, saja nk ajak member aku tu supaya ingat balik apa yg dia katakan. & kalo rajin, cuba letakkan diri pada tempat aku masa dia utarakan pendapat dan pandangan dia. aku cukup berterimakasih atas ke~ambilberatan dia masa tu, masa di mana aku dipandang semacam, rasa semacam. member aku ni plak antara yg nk dengar apa yg aku nk kata. antara yg masih mau jadik member pada masa org lain terpinga-pinga memandang aku. justeru (perkataan peberet aku sejak aku tau maknanya...he), kalo member aku ni terusik dek sesuatu yg mungkin tak disengajakan, aku plak diusik sesuatu yg mungkin disengajakan. (siottt... sebak lak, leceh!)
ketidaksengajaan tu (mungkin tak sengaja...) pun mampu mengharubirukan member aku ni sekejap, apa lak ngan kesengajaan (pun mungkin laa...), nyaris ~penambahan cam aku ni berubah total. dari hijau semata, nyaris aku jadik kameleon yg sukasuka tukar-tukar kaler.
so my fren, memaafkan mmg tak susah. yg susah, nk lupakan sepatah, sebaris, maupun seperenggan kata. well, org kata, tajam mata pedang, mata parang dan mata pisau, bisa lagi lidah nan lembut melentok.
save the earth!