Jumaat, 18 Jun 2010

"Bukan semua orang perfect kan~"

Sorang lelaki, yang datang dari Melaka, mendakwa tetibe ditepuk dari belakang oleh seseorang semasa beliau sedang berada di KL Central. Sejurus tersedar, beliau dapati sweater yang beliau sarung serta bagpack yang mengandungi semua wang tunai, kad bank, kunci kereta dan segala mak bapak yang penting dan bernilai, telah lesap.

Dalam kebingungan beliau cuba meminta bantuan orang ramai yang berada di KL Central. Lalu beliau menyapa segerombolan remaja lelaki dan menceritakan apa yang telah terjadi padanya. Kumpulan remaja itu bersetuju untuk membantu, namun meminta diri terlebih dahulu dan berjanji akan kembali.

Malangnya gerombolan itu terus hilang dalam arus orang ramai yang membanjiri KL Central.

Sejurus, si lelaki mencuba lagi dengan menyapa seorang wanita. Dan setelah bercerita itu ini adanya, akhirnya sekeping not 50 dan sehelai nota bertulis nama dan nombor telefon bertukar tangan.

Sebelum memasing menuju ke destinasi memasing, si wanita sempat mengerling permukaan jam dan bertanya.

"Ni, dah semayang ke?"

Si lelaki kelihatan tidak senang tiba-tiba sebelum mula menyentuh rambutnya.

"Dah pukul 2 lebih ni, kat sini ada je surau. Tau kan katne? Sini je pon," sambung si wanita dalam nada yang sama dan masih dengan pandangan yang serupa.

Si lelaki semakin gelisah.






"Yela, bukan semua orang perfect kan," ujarnya kemudian.

**************************************************************************

Apakah sesetengah orang terlalu dungu (macam aku contohnya), atau, ayat bukan semua orang perfect adalah kata lain yang membawa erti saya memang tak semayang.









p/s: Orang sebegini, bagaimanakah mahu hadapi?