Khamis, 17 Jun 2010

Training~

Kali pertama menjalani sesi latihan sebelum memulakan kerja, kali pertama dikelilingi Indian, di mana hanya aku sesatunya Melayu, kali pertama menggunakan telinga lebih banyak dari kekata dalam perbualan.

Memang kali pertama yang menarik untuk dikenang sebagai pengalaman.

Kerja selama 6 hari seminggu, off day yang jarang jatuh pada weekend, dan waktu rehat sejam. Ciri-ciri yang ketiga adalah penyebab utama beberapa kawan aku berhenti dengan jayanya setelah seminggu memulakan kerja.

Rehat yang hanya sejam, adalah tak mungkin bagi kaum lelaki pada hari Jumaat, justeru aku memahami keputusan yang diambik oleh member-member aku itu. Tapi, bila aku berada kat situ, jarang-jarang, ada la jugak sorang dua lelaki Melayu merangkap muslim. Apakah diorang punya off day memang pada hari Jumaat? Entah le.

Berbalik pada isu hanya aku sesatunya Melayu. Heh, lelama aku bleh paham Tamil rasanya. Hari-hari disogok bahasa yang sama, lagu yang sama. Ni memang kali pertama kawan ngan Indian, maklum la sepanjang musim bergelar pelajar kekawan aku hanya la Melayu semata. Ada la Chinese sorang dua. Indian, rasanya sorang je.

Kali ni pape pon memang dengan Indian. Belajar sistem, pepening dengan lambakan produk, sembang bercerita tak hengat, makan, lepak time rehat 15 minit, even bergosip.

Yang herannya, dalam sesetengah perkara, aku rasa dorang adakala lebih alert berbanding Melayu sendiri. Bila lepas makan contohnya, bila Zohor dah masuk, dorang boleh paham. Dan bila duduk-jalan-berdiri-dan-macam-macam-laik, dorang alert dengan jarak. Paham bahawasanya Muslim ada regulation tableh sentuh-tersentuh-dan-seumpamanya.

Non-muslim lebih alert berbanding muslim sendirik.

Kan best kalo sume muslim camtuh gak.



save the earth...