Ahad, 6 Jun 2010

YES or NO???

"I like you more than a friend do."



Bila seseorang yang dipanggil teman mengungkapkan kekata sebegitu, bagaimanakah sewajarnya jawapan yang boleh diberikan agar persahabatan yang ada tak retak dek perasaan yang buta menilai bermaknanya ikatan sedia ada?

Andai ya adalah jawapan, mungkin tak sesukar mana ayat yang bakal dilontarkan. Tapi jika hanya sang teman sahaja yang melepasi benteng selaku sahabat sedangkan penerima ucapan itu tidak?

Tidak, saya hanya menganggap kamu selaku teman, itu saja, tolong lupakan apa yang kamu rasa.

Atau...

Maaf, saya juga menyayangi kamu, tapi selaku seorang sahabat sahaja. Tidak lebih dari itu.

Mungkin tak sukar ucapkan kata-kata TIDAK sebagai jawapan. Tapi respon pihak yang terbuta dek perasaan tak bermata?


Saya hargai kejujuran kamu, tapi izinkan saya terus menunggu hingga hati kamu terbuka untuk saya.






*****************************************************

Secara peribadinya aku tak rasakan ada sesiapa yang bersalah dalam hal ini, sama ada yang tiba-tiba tersukakan sahabatnya lebih dari sepatutnya, atau sang teman yang masih di landasan sebuah persahabatan.

Cuma, apa saja, kebenaran adalah yang terbaik walau apa saja natijah yang mendatang.

Andai tidak adalah jawapan, maka katakan saja TIDAK.

Sesekali jangan katakan ketidakmampuan memberi jawapan tegas hanya beralasankan tak tega sakiti hati teman yang meluahkan perasaan. Makin lama kebenaran dipendam, makin parah rasa yang tertahan.

Dan, andai tidak adalah jawapan yang diterima, adalah lebih baik andai jawapan itu diterima seadanya, toksah la nak berlagak macho atau jelita dengan mengucapkan ingin menunggu sampa bila-bila dan seumpamanya.

Nak tunggu, atau masih ingin mencuba, teruskan. Tapi, tak perlu letakkan beban pada yang dah bersusah payah teguhkan rasa untuk mengucapkan TIDAK. Kesian la, kerana perkataan TIDAK antara perkataan tersukar diucapkan.

Tapi, jika YA adalah kenyataan, sesekali jangan nafikan. Korang leh tipu sesapa saja, tapi, menipu diri sendiri adalah perkara paling kejam sebenarnya.

Andai YA itu satu hakikat, maka aku selaku pihak pemerhati tumpang gembira.

Tapi jika TIDAK itu kenyataan nan terpahat, maka aku selaku pemerhati, tetap akan tumpang gembira.

Cuma, buatlah keputusan sebijaknya. Sewajarnya.

Yang meluahkan, toksah la mendesak. Sekurang-kurangnya kesian la kerana beliau tetap juga sahabat ko. Takkan kerana beliau tidak merasa apa yang ko rasa maka ko sukasuki melupakan kapsul kenangan korang selaku kawan.

Dan pendengar luahan, toksah takut membuat keputusan. Kalo beliau degil jugak nak mendesak memaksa bagai, abaikan saja, bukan la orang lain, kawan ko jugak. Terima la kenyataan bahwasanya kwan ko adalah sengal. ;)







p/s: Sesape kalo tak puas ati ngan entry ini sila hubungi aku dengan kadar segera, janji, aku delete @ edit entry ini andai menyinggung sesiapa. Sume neh sekadar my 2 cents.

p/s/s: Nanes guling-guling ngan lirik Love Ya SS501 neh... :((




save the earth...