Isnin, 14 Jun 2010

Motif Marah Aku?

Spek mata dah makin kelabu walaupun bau mencecah usia setahun. Nak kata aku ganas sangat tade la pon. Tapi, entah le, asyik kelam je pandangan.

Namun, nak beli spek baru, harus la ada sekurang-kurangnya 250, jadi, cara mudah aku ialah dengan membeli contact lens yang boleh dipakai semalam sebulan hanya dengan kurang rm50. Walopon aku agak tak sukakan lens, sebab nanti mata aku akan nampak cam nak terjojol keluar, tapi, dari tak nampak, baik la nampak walopon kelihatan janggal.

Mana penting, rupa, atau kejelasan pandangan? Kerana aku suka merenung tak tentu hala, justeru aku memilih pandangan nan jelas dan terang.

Tapi, di KL central aku hanya tau satu kedai, Mirage. Jadik balik keje tadi aku singgah la, merenung susunan lens bertingkat-tingkat.

Datang pekerjanya, dengan muka antara nak layan dan tidak. Dengan menggunakan bahasa Melayu aku bertanya tentang lens. Beliau menjawab separuh Melayu dan separuh omputih. Tape, aku paham. Kendian dia bertanya apakah aku penah pakai lens. Ya, memang penah.

Kendian dia bertanya apakah power aku? Kerana aku sedikit confuse maka aku tanya apakah soklan beliau merujuk kepada power spek aku? Dia mengangguk.

"Saya lupa la, tapi dekat 500," jawab aku.

Cam biasa, dia mintak spek aku untuk pastikan power spek aku. Kendian dia datang dan serahkan spek aku sambil kata, dia hanya ada satu brand untuk power 500.

"Selalu kalau saya beli lens, saya akan dapat power yang lebih rendah dari spek, kan?"

"Aiya, tapi you cakap power 500, ni la. Kalau you x cakap tadi saya bagi you power 475 ke," katanya dengan nada yang agak tinggi dan menjengkelkan.

Aku terdiam.

Dia tanya power spek aku, aku cakap 500. Then, adakah dia tanya aku nak lens yang power berapa? Takde ya. Lagi, aku tak bape paham apa yang dia cakap, jadi aku bertanya. Kenapa dia mesti melenting?

Aku bertanya dengan sangat baik. Aku tak marah atau menggunakan nada sengal. boleh aku tahu kenapa aku diberi jawapan dengan nada yang menyakitkan hati tu?

A guy came then. Asking in English. And that Chinese gay who's answering me in that annoyed way, suddenly treat the question nicely.

Aku agak bengang. Aku ucapkan timekasih dan blah. Tapi sepanjang perjalanan dari KL Central ke Universiti, hanya soalan kenapa berlegar. Apa salah aku tadi?



save the earth...