Ahad, 20 Jun 2010

CSP : My First Call

Baik la, entry ni nak cakap sal keje la plak. Wehehe~

Minggu lepas adalah kali pertama aku jawab call dari customer. Tapi masa tu sebenarnya aku blom layak nak jawab sebab still blom habes blaja beberapa perkara. Tapi agent tu suruh aku jawab jugak, aku pun teringin jugak la nak jawab, lelebih lagi bila agent tu bagi jaminan untuk guide aku kiranya aku tatau apa nak dijawab pada customer.

Tapi, tetibe je agent tu sambungkan call tanpa aku bebetul bersedia, tak pasal-pasal la kena jawab jugak. Malangnya, customer pertama aku adalah sorang foreigner, aku rasa English guy la. Dah la slangnya agak pelik, aku plak tergagap-gagap, kebetulan pulak customer tu tengah bengang, tak pasal-pasal la kena marah.

"This is rubbish~!" kata beliau.

Aku tergamam.

Terus agent tu ambik balik call tu. Pehh.. pengalaman pertama aku jawab call.

Beberapa ari lepas tuh aku ngan trainee lain pon dah habes blaja apa yang patut dan kiranya bley la nak jawab call, kali ni aku pon jawab call la jugak.

Ok la, serunuk jugak jawab call. Walopon ada yang call tu cam sesaje carik pasal nak menyalahkan aku selaku customer service, aku wat tatau je la. Well, aku pon penah je call customer service, dan aku dulu, hanya akan call apabila aku memang sangat tak tahan dan opkos la dalam keadaan tuh aku sangat moody.

Bak kata bapak aku, jangan timbus lubang dengan lubang. Orang tengah marah jangan curahkan api.

Hehe... cara tu memang sangat berkesan sebenarnya. Orang yang tengah kebengangan, biarkan saja, jawab je se'polite yang boley, nanti sejuk la dia. Dan bila ko mintak skala markah untuk perkhidmatan ko, biasanya ko akan dapat 4/5. Hehe... berbaloi kan.

Cuma, ada satu call tu, aku terpaksa entertain sampai lebih setengah jam. Gara-gara customer tu salah paham penggunaan perkataan. Tapi at the end, customer tu tanak gak ngaku bahawasanya memang dia silap.

Dan lepas tu ada test, teamleader jadik customer, aku selaku agent. Satu call bm, satu call bi.

Dedua call soklan senang, malangnya aku blank.

Kelam kelibut tekan itu ini kat PC, lepas tu selak nota sana sini. Sampai silap bagi maklumat. Nasib baik berjaya cover balik, dah la bila nak cakap balik, aku lupa tekan headset sampai customer tak dengar suara aku.

Tapi alhamdulillah, aku dapat 4/5 untuk kedua-dua call.

Waaaahhhh.... mampu ke aku jadik customer service neh?



save the earth...