Jumaat, 1 Januari 2010

01012010

Pergh... malam tahun baru, pelajar pompuan cuba terjun dari tingkap hotel dalam usaha mengelak dari ditangkap pegawai pencegah maksiat. Giler berani. Kalau jatuh pastu patah tangan kaki, mati ke, mati katak je. Sayang je belajar lama-lama pastu tak sempat keje dah mati sesia.

Tahun baru selalu dikaitkan ngan azam baru, kalo student, rerata nak baiki atau kekalkan prestasi, kalo pekerja, biasanya nak jadik pekerja lebih berdedikasi, dan semacam bagai lagi azam memasing..

Aku selaku student bagaimanapun tak termasuk yang berazam baru menjelang tahun baru. Sebab aku ala-ala set target pada setiap awal sem, kendian bila dah start cuti sem aku akan mula cek sama ada target-target tersebut tercapai atau tidak. Hehe... zaman-zaman sekolah dulu buat target awal-awal tahun.

Azam sem ini ialah...

1. Ofkos la nak kena betulkan otak semula dan sedar diri bahawasanya aku adalah student, bukannya sekretari nak kena ngadap lappy 247 pastu berporem gilakan namja-namja korea japan sampai hilang ingatan.

2. Kena start study. Dan kena sedarkan diri sendiri bahawasanya pokus utama ialah grad ngan bagusnya bukan merapu-rapu perasan diri pengumpul leader yng berjaya.

3. Erk... aku rasa cam teruja plak nak mengikut jejak memember yang sedang berbahagia... wakaka...

Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2010 semer.... aku sambung layan SBS Gayo. Hehe.. blom start belajar dengan serius lagi, jadi aku boleh la nak layan Song Festival Korea lagik.

Oppa.....!!!





save the earth...