Rabu, 20 Januari 2010

Di Ambang Cinta II

**Perlu ke unta tunggangan aku tu mati di tempat yang sama pada waktu yang lebih kurang sama selepas aku datang dari tempat yang sama dan bersama-sama dengan orang yang sama serta terjumpa lagi dengan orang yang sama jugak????**

***********************************************

Habis lab tadi ke Kafe Kolej 12 ngan Pija & Una, sekali lama gilerz tunggu makcik tu masak, lebih setengah jam tunggu, sampai Pija hentak-hentak meja pasal beliau sangat lapar. Serius Pija sangat lapar sebab sangat susah nak tengok Pija marah-marah.

Rupanya order kitorang tah ke mana terbangnya, sekali Una buat ayat, kensel la. Konon marah la kata beliau, padahal nada ya Rabbi, gaya ala-ala pujuk pakwe merajuk. Wakaka... Serius Una kena amik kursus belajar meluahkan nada marah ngan aku sepurnama baru beliau paham bebetul macamana nak marah.

Akhirnya siap makan dah pukul 1800. Masa nak balik, sekali lagi, di tempat yang sama, Unta tunggangan merangkap Di Ambang Cinta mati enjinnya di tempat yang sama, pagar nak keluar kolej 12.

Erkgghhhhhh~~~~!!! Saja je.

Start punya start tamau jugak idup, serius beliau merajuk. Berbakul-bakul jugak aku bebel ayat pujuk tapi memang tak makan saman. Teringin jugak nak bagi tepuk barang sedas dua. Dahla tadi tengahari tayat depan dah pancit, petang-petang senja nak merajuk jugak lagik.

Tengah-tengah memujuk, lalu sorang namja. Sekali budak yang sama yang berusaha menolong aku masa pestaim Unta neh mati enjin ari tuh.

Tak pasal-pasal beliau jugak yang mengusik-ngusik si Unta tuh, lama jugak la baru nak idup. Tak tahan, Una plak sibuk jadik mamarazzi tak bertauliah. Orang duk risau moto tamau idop beliau boleh plak tuh snap gambar. Saja nak kena denda belanja aku lunch seminggu tuh.

Akhirnya idup jugak la Unta tuh. Tapi memandangkan aku dah tipon inche pomen maka tunggu jugak inche pomen dan kata beliau elok la aku bagi beliau sebis Unta tuh.

Justeru, Jumaat ni akan aku serahkan Si Unta Hijau tu kat inche pomen. Aigoo.... kenapakah pisang boleh berbuah dua kali?


**Erkk...aku main tulis tunggang langgang entry nih, sebab aku sedang lapar kot~~!!**



p/s: Alhamdulillah tadi dah berjaya buat kad bank... TQ manyak kat Bank Islam dan pekerja yang memang berhemah serta sangat laju membantu aku tadi, rasanya dalam 15 minit aku dah dapat kad. Akhirnya... timekasih jugak pada inche Shazni Munir yang bermurah ati jadi saksi yang mengesahkan bahawasanya aku memang adalah pemegang akaun Bank Islam tuh. TQ2...



save the earth...