Jumaat, 15 Januari 2010

Seronok Berblog?

Joyah suka petai walaupun petai akan menyebabkan mulut beliau berbau sehingga menyukarkan beliau mendapat pakwe. Namun beliau sanggup meneruskan kehidupan selaku andalusia semata-mata kerana sangat sukakan petai dan rasanya.

Jenab pula sukakan pulut durian andai perlu mengadap pulut durian saban hari pun beliau sanggup. Malah kerana sangat suka pulut dan durian beliau telah sanggup clash dengan pakwe mat saleh beliau yang tidak tahan dengan legemaran beliau yang satu ini.

Mat Joned pulak, sangat suka merokok walaupun beliau tahu sedutan asap rokok boleh membawa risiko mati pucuk. Tetapi, demi rokok tercinta, beliau juga sanggup menceraikan isteri belua yang cun melecun yang kemudiannya berkahwin dengan seorang bangla yang tidak merokok.

****************************************************************************

Berbalik kepada tajuk.

Apa seronoknya berblog?

Adamasa soklan camni akan menyebabkan aku terasa sedikit rendah diri kerana adakala nada soklan itu dilontarkan seperti bermaksud;

"Ko takde keje sangat ke sampai sume hal ko nak tulis pastu publish kat blog bagitau sume orang?"

Tapi, kerana menulis, adalah minat dan kegemaran, serta kesukaan aku, maka soklan seperti di atas, yang adakala bernada sumbing, aku hanya akan menganggapnya sebagai satu usik-usik manja agar tak mudah melatah di kendian hari.

Yela, mana la tau, sehari pas nikah tetibe aku diofferkan madu, harus la bergelar MakJan paling cun. Jadi, kena belajar untuk tersenyum dan tetap berlagak dengan macho walaupun diasak ngan pelbagai soklan yang kadang kala menyenakkan usus dan hempedu.

Ada setengah orang kata, menulis adalah antara terapi untuk mereleasekan tension.

Ya, dan jugak tidak.

Sesetengah perkara aku tulis, kerana aku enggan memori tu hilang. Dan salah satu cara ialah mengabadikan dalam bentuk tulisan supaya satu masa bila tetibe aku hilang ingatan cam cerita-cerita melayu dahulukala, aku masih ada back up untuk mengenang beberapa perkara yang seronok untuk dikenang. ;)

Manakala sesetengah perkara plak, tetap ditulis meski memalukan, menyakitkan, dan menguciwakan. Sebab, bak kata Rodin, andai sume bunga berwarna ungu, apalah indahnya dunia. Heh!



p/s: Aku menggilap minat dalam menulis, antara sebab lain ialah, sebab aku sangat gagal dalam melukis. Hehe..


save the earth...