Jumaat, 22 Januari 2010

D.A.C. III

*Entry khas untuk kesayangan*

*******************************************

Ciri-ciri yang disukai:

1. Selalu membantu saat diperlukan.
Walau apa saja, beliau akan sentiasa di sisi aku. Terharu sungguh~~!!

2. Sentiasa tabah walaupun hujan atau panas.
Apa saja cuaca, selalu merupakan hero sepanjang zaman.

3. Tidak pernah merungut walaupun adakala terluka.
Walau ada kala aku sering melukakan beliau, mengguris dan mencalar, namun tetap tak penah menyalahkan aku. Urkhggg... baik sangat~~!!

4. Selalu tabah dan bersabar dengan apa saja keadaan.
Sentiasa dan sering bersabar tanpa meminta balasan.

5. Sentiasa dapat menyesuaikan diri di mana saja berada.
Letaklah di mana, atau bawa lah kemana, selalu mampu bertenang. Super cool~~~!!


Ciri-ciri yang tidak disukai aka menyebabkan sakit hati:

1. Bila merajuk memang amat sukar dipujuk.
Kekadang berbakul ayat pujuk, dah dibelai-belai manja tetap jugak membisu seribu kata!

2. Bila mengada-ngada sungguh menyakitkan jiwa dan raga.
Dah datang angin kus-kus beliau, bersyair bergurindam pun beliau boleh jugak buat budussss~~~

3. Bila buat perangai, tersangat amat keanak-anakan.
Kalau dah tayang peel, kalah budak pra-sekolah. Tak hentak-hentak kaki je.

4. Suka memalukan aku.
Suka buat aku bercakap sorang-sorang depan orang!

5. Gemar menjatuhkan air muka aku.
Kalau dah merajuk ngan aku, sadin je nak bagi aku malu depan orang.

6. Tidak lagi mau mendengar kata-kata pujukan.
Pat bakul ayat pujuk aku tadah, tetap bolayan~~!!!

7. GAY~~!!!!!
Sekarang aku confuse, apakah jantina beliau sebenarnya sekarang? Tapi aku memang mengesyaki beliau adalah...GAY~~!!!!







p/s: Dari petang sampai malam tamau idop. Ngan aku je mati, aku naik je mati. Mati je masa aku naik. Sudahnya Pija jugak kena hantar aku balik. Di Ambang Cinta yang sengal. Ngggg~~~


save the earth...