Sabtu, 16 Januari 2010

Mangsa Ragut

*Entry ini sangat panjang kerana ia adalah kisah benar yang menimpa aku selaku pemilik blog. Justeru, sila bersedia sakit mata membaca, kalau rasa nak baca. Hehe..

*************************************************

Kira-kira jam 1900 Pija sms ajak makan kat KFC. Sebenarnya dah lama kitorang planning nak makan kat KFC sejak sem lepas lagi tapi dek beberapa kekangan selalunya berkahir cam gitu je. So memandangkan aku cam free je jadi aku on je.

Cuma, kata Pija, ada salah sorang kawan nak tumpang aku, so aku kena gi 11th dulu. No sweat, lepas semayang maghrib aku dengan sempoi bersiap. Nak sarung sweater tetibe baru teringat aku basuh.

Justeru, berpikir untuk bawak paperbag saja dan letak purse serta kamera Kodak C503. Dan sedikit cuai, aku letak dalam bakul begitu saja.

Di traffic light depan Masjid Ar-Rahman, lampu merah. Berhenti. Sebaik hijau aku jalan dan segera memberi signak sebaik hampir membelok ke kiri untuk ke UM. Waktu tu aku perasan ada sebuah moto sangat menghimpit di belakang, dan aku tak sempat berbuat apa-apa sebaik penunggang moto tersebut yang dipercayai RXZ benar-benar menghimpit dari kanan dan sekelip mata mencapai paperbag aku lalu terus memecut ke kanan.

Terlalu tergamam untuk berbuat apa-apa, aku hanya mampu berhenti di tepi jalan dan memerhatikan lelaki bert-shirt warna gelap dan berseluar jeans itu melarikan barangan aku.

Terlalu terkejut untuk menjerit atau apa saja. Yang terpikir, aku perlu call Pija, malangnya, aku langsung tak mengingati nombor beliau. Call housemates, juga aku tidak mengingati nombor sesiapa pun.

Akhirnya dalam keadaan sedikit menggigil aku menukar arah ke Balai Polis Pantai membuat laporan.

Polis perempuan yang mengambil laporan aku sedikit lewa. Ya, aku faham, aku hanyalah salah satu dari ribuan kes ragut di Bangsar, dan pertambahan satu lagi kes hanyalah angka pada beliau. Justeru, saat aku menanyakan kiranya beliau tahu hotline number untuk aku terminate kedua-dua bank card aku, jawapan yang aku terima agak menyedihkan.

"Apesal, ko letak nombor pin ko ke kat belakang kad ATM tu?"

"Tak."

"Nombor pin ko no IC ke?"

"Tak."

"Dah tu tak payah la."

Dan aku hanya terdiam sambil menahan gigil dan pikiran yang bercampur baur.

Kira-kira 15 minit aku diarahkan berjumpa Sarjan Aziz untuk dapatkan keterangan yang lebih terperinci yang tertakluk di bawah seksyen berapa tah.

Dan, Sarjan ni jauh lebih berhemah, masih cuba mengambil hati aku dengan menyelitkan beberapa ayat kelakar. Dan, aku sangat hargai apabila aku hampir balik dan beliau mengingatkan supaya berhati-hati.

"Betul awak tak de pape ni? Tak jatuh? Pasti?"

"Betul." Kata aku sambil membuat yakin walaupun hakikatnya aku masih sangat terkejut.

Sebaik keluar dari balai, aku segera ke 11th, dah lebih setengah jam aku lewat, Pija plak ada meeting pukul 2100. Bila sampai 11th, ada Odah dan Izzah sedang makan eskrem. Selepas menjelaskan keadaan yang baru berlaku, aku segera balik.

Tahu apa yang menunggu di rumah?

Heh, nc yang membuka pintu bila aku menekan bell berkali-kali sambil mengetuk pintu yang kerasnya ala-ala membengkakkan jari, soalan yang terpacul;

"Kau kenapa? Kena ragut?"

Aku hanya mengangguk sambil menadah muka paling selebet.

Beberapa minit selepas itu adalah bagaikan Wonderpet yang bekerjasama. Masing-masing menyuakan henset sebab aku perlu terminate bankcard aku terlebih dahulu. JPA baru je masuk dan aku belum memindahkan duit tersebut ke mana-mana.

Sesi calling CIMB dan BIMB yang kelakar. Dari bercadang untuk berteriak tangis di rumah, semuanya bertukar menjadi gelak tak henti.

Serius, aku tak penah tahu yang sokongan demi sokongan macam ni rasanya.

Tak lama lepas tu, bell rumah sekali lagi berdenting. Dan, nc macam biasa, memegang ridsect umpama memegang M-16 sebelum membuka pintu. Wajah Pija dan roomate beliau di situ. Serius aku tak sangka beliau akan datang.

Lebih pada tu, Pija bukan hanya berdua, tapi Odah, Una, Izzah sama, datang menaiki teksi. Aku hanya mampu terkedu.

Kemudian dari rancangan nak ke KFC, kitorang hanya menjamu anak tekak dengan char kuew tiaw yang berhampiran stesen LRT Universiti.

Sebelum tu, sempat lagi aku membuat loan dengan NC. Hehe...

Aku kehilangan henset dual sim yang bererti aku takkan dapat dihubungi untuk beberapa hari ni.

Juga kehilangan IC yang memungkinkan aku disalaherti selaku rakyat KOREA pulak nanti.

Kehilangan kad Bank Islam yang mengandungi semua duit JPA serta kad CIMB yang tak cukup pun untuk membayar hutang adik aku nanti.

Lesen memandu, roadtax yang menyukarkan tugas aku selaku penunggang motosikal.

Kunci rumah. Ooo...aku harap peragut tu tatau rumah aku.

Dan, kad Touch n Go yang nasib baik hanya mempunyai bila RM1.70 saja dek aku tak sempat topup.

Perasaan aku ialah, aku masih ketakutan walaupun bersyukur pada masa yang sama aku tak ditolak semasa diragut tadi. Andai tu terjadi, mungkin aku akan trauma terus untuk beberapa tempoh.

Apa-apa pun, aku memang sangat berteima kasih kepada sume yang bersusahpayah membantu aku, menenangkan aku yang ala-ala tah pape ni. Serius, Allah je boleh balas jasa baik susah payah korang sume. Aku cuma boleh berteima kasih saja.

Pija, Una, Dilah, Odah, Izzah... terima kasih.

Dan yang terlebih-lebih terima kasih kat NC, KD_YS, K.Baby...

Baik, aku sudah sedikit emo di situ.

Aku janji, aku dapat buat balik kad ATM, aku bayar utang ek.


P/S: Aku dengan ini menyeru, jom berhati-hati di mana anda berada... jangan terjatuh hati dengan sengaja. Wahaha...



save the earth...