Sabtu, 23 Januari 2010

Pengembaraan Bermula~~!!

Berjalan-jalan adalah seronok dan membahagiakan. Malangnya jika kesesatan sehingga kepenatan kebahagiaan itu akan segera bertukar menjadi penderitaan.

Tugas untuk mencari jalan yang sesuai supaya selamat sampai di CCM Fertilizer yang letaknya di Seksyen 16 Shah Alam untuk sesi lawatan serta intebiu Selasa ni nyaris bertukar menjadi sesi group 1 SHES 3062 melawat sambil berseronok di Shah Alam.

Perjalanan yang sekadar berbekalkan helaian peta dan penunjuk arah yang semata-mata didapati dari inche Google, walaupun akhirnya menemukan kitorang berlima dengan CCM Fertilizer yang bak kata ayahanda kesayangan cosmate aku, kat tepi jalan je, tapi macamana dan bagaimana kilang tu ditemui, Tuhan je la yang tau.

Beberapa siri U-turn, beberapa siri berenti tanya orang untuk dapatkan direction, dan bersiri-siri usik mengusik kena mengena diketuai Inche Ketua Kumpulan merangkap ADIK KESAYANGAN Pija, sehingga la berjaya mendapatkan plan yang senang, mudah dan tepat dari inche-inche Pak Guard di kilang Carlsberg, Seksyen 15 kalo tak silap.

Pakcik Gugel kata lepas Bulatan Selangor terus ke kiri pastu terus jumpa CCM, memang la. Tapi Pakcik Gugel tu lupa la kot, dari UM, nak ke Bulatan Selangor tu, kena lalu tiga pat bulatan lagi sebelum jumpa Bulatan Selangor tuh~~!! Tak pasal-pasal kitorang pikir nama Bulatan Selangor dah ditukar menjadik Bulatan Kayangan.

Tapi akhirnya jumpa jugak. Alhamdulillah~~

Dah jumpa, apa lagi, masa untuk meneruskan pengembaraan. Ke Taman Pertanian Malaysia, tiket masuk dibelanja oleh KAKAK KESAYANGAN ketua kumpulan iaitu Pija yang sebetulnya kurang sehat, tapi tetap gigih nak ikut jugak. Pija memang best~~!!

Oh ya, sebaik parking dan turun dari keta Cik SS, Cik SS telah mengunci kereta beliau tanpa menyedari kunci kereta masih elok tersangkut dalam kereta. Berpeluh-peluh jugak pikir cara nak membuka pintu kereta tanpa terpaksa tolak kereta tu balik ke UM dari TPM.

Sambil bising-bising naik bus, posing-posing, akhirnya tiba di Rumah Empat Musim yang memangnya menjadi tumpuan para pengunjung. Heh, skang ni musim salji. Apa laik, memasing menggigil-gigil ala-ala demam malaria. Cemanapun, taniah dan 2 tumbs up kat Pija sebab gigih menapak masuk bersama kitorang walopun beliau sebetulnya memang demam dan kurang sehat.

Jam 1300, aku sepatutnya berada di rumah untuk sesi berjalan ke IOI bersama hosmet petangnya, tapi dek bas TPM yang tak bertingkap dan cumil belum sampai untuk membawa pengunjungnya, justeru aku memilih untuk tidak menyertai sesi tersebut kerana kedegilan untuk menyertai dorang semer hanya akan menyusahkan kedua-dua pihak, baik Group 1 SHES 3062 yang terpaksa berkejar menghantar aku balik ke Kerinchi, atau pihak hosmet aku yang mungkin perlu menunggu aku beberapa ketika memandangkan aku masih di Shah Alam waktu tu.

Selepas lama memerhatikan bermacam gelagat orang, akhirnya bas sampai jugak dan kitorang bergerak mencari jalan kembali ke pangkal jalan. Erk, maksudnya jalan balik ke UM.

Tapi mengenangkan budak paling kecik merangkap ADIK KESAYANGAN Pija merengek-rengek nak beli towel sebab towel tertinggal kat kampung bak kata beliau, maka Cik SS ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sesi makan, semayang, dan bershopping sebelum balik dan sorang-sorang dihantar ke kediaman memasing dengan selamat oleh Cik SS.

Tugas sebenar hanya memakan masa kira-kira sejam lebih sesikit, sesi merelease tensen plak berjam-jam. Wahaha... Dunia student sejati.

Dan bak kata ketua kumpulan aka ADIK KESAYANGAN Pija, pengembaraan diteruskan~~!!!

Pengembaraan akan diteruskan pada Selasa nanti, jam 1400 untuk sesi lawatan dan intebiu pihak CCM berkenaan keberkesanan pengurusan sisa kat kilang tersebut.




p/s: Kali pertama masuk tandas UNISEX dan kena bayar 50 sen. Urkghhh....

p/s/s: Gambar tidak berada dalam simpanan aku memandangkan buat masa ni aku insan yang tak punya kamera. Kenyataan yang pedih bagi spesies gila kamera seperti aku. Isk~~!!

save the earth...