Selasa, 12 Januari 2010

Bogoshippo is I MISS U




Benda paling aku tak suka berlaku masa aku sedang di KL adalah bila tetibe aku ngigau balik kampung naik moto pastu sampai bebetul depan pokok rambutan yang tengah berbuah dengan lebatnya. Baru nak turun moto trus terjaga dan rasa macam nak beli tiket balik kampung dan-dan tu jugak.

INFO mengenai tuan punya blog apabila berkenaan kampung:

1. Tempoh paling lama berada kat KL ialah 5 minggu, hari pertama minggu keenam dah pun berada di kampung.

2. Sepanjang tahun 1 di KL balik kampung 3 minggu sekali. Nak balik 2 minggu sekali cam melampau pulak.

3. Akan terus tdo sebaik menaiki bas sepanjang perjalanan kira-kira 8 jam dan hanya akan menjagakan diri sendiri setengah jam sebelum tiba di kampung.

4. Sorang budak homesick yang akan trus membeli tiket balik kampung sebaik teringatkan kampung.

5. Penah tak tdo sehari suntuk siapkan eseimen semata-mata nak hantar awal kerana telah merancang untuk ponteng kelas selama dua hari untuk balik kampung.

6. Tidak akan telepon mak bapak di kampung apabila sedang dalam mood nak balik kampung.





p/s: Baru saja membayar bil bruk tadi petang dan sangat dalam mood terkenangkan kampung gara-gara mak aku bagitau si MAW yang asik demam-demam sejak takde sesape di rumah... aku demam jugak kang.






save the earth...