Selasa, 5 Januari 2010

Arigato'...Komawo-yo!!

Info ringkas:
Bruk aku lupa nak dibayar, justeru aku ngan gigihnya telah memikul lappy yang berat ke kelas dan online di UM. Wakaka...

______________________________________________________

Oleh kerana bruk aku sedang dalam proses berehat maka perlu la aku mengorbankan kemachoan dan memikul beg lappy yang gedabak ke KDK Fakulti Sains yang aku rasa agak laju intenetnya.

Bebukak je, tiba-tiba plak tak dapat nak hidup wireless nih, mementang dah memang lama aku tak menggunakan perkhidmatan beliau. Nak ngikut sangat perangai bruk yang suka ngajuk tuh. Mencik.

Selepas bertungkus lumus menekan itu dan ini akhirnya dapat jugak online. Heh, penat. Cam biasa bebukak je sesuka sesungut bukak blog bagai, tetibe bila masuk blog inche Ah Fatt agak terkujat unta bila nama aku ada terpampang selaku penerima ole-ole spesel beliau.

Urkhhhh..... aku sangat terharu. Nyaris melonjak-lonjak kegumbiraan sambil berguling-guling membuat dance step lagu mystery. Hampir-hampir aku membuat ucapan selaku penerima anugerah pelajar terbaik sambil tersengeh-sengeh manja.

Tapi syukurlah aku tetibe tersedar aku sedang dalam musolla, orang lain gigih amik wudhu' tunggu zohor aku plak tersengeh-sengeh ngan lappy. Kurang lagik macho aku.

Hoo, Sarah kendiannya YM aku tanya cane dia nak kasik amplang tersebut, maka aku pun gi la ke rumah beliau dan Hasni yang cuma sepelaung je dari rumah aku.

Justeru, aku berbesar hati, jantung dan hempedu untuk mengucapkan TERIMA KASIH daun keladi pada inche AH FATT. Cik Sarah plak, komawo-yo! *emot pompom*

Kerana kelas dah nak start lagi sikijap, maka aku mengundurkan diri dengan pantas. =P




save the earth...