Selasa, 12 Januari 2010

Di Ambang Cinta

*entry ni merupakan kisah beberapa hari lepas sebelum AJL berlangsung.... baru je aku publish sebab masa tu bruk masih dalam tempoh berkabung dan aku pulak terpublish entry lain sebelum entry ini....



Masa tengah bercinta sume indah dan mesra. Ceria dan bahagia. Terasa nak tersenyum tersengeh sepanjang masa. Dalam perut tu, trasa kenyang sesaje. Minum air suam pun terasa cam nescafe ais. Makan nasik putih sejuk ngan telur mata kerbau pun bak makan steak blue gordon. Pergh... betapa istimewanya orang yang sedang di ambang cinta. Masa ni la nak merajuk mengada sume. Merajuk pun nampak comel je. Membentak-bentak pun tetap ayu dan menyenangkan.

Heh! Malangnya bukan semua suka memujuk. Atau, bukan semuanya mudah dipujuk. Cuma, di ambang cinta aku, selalunya merajuk bila aku cam malas-malas nak melayan atau nak bercakap bermanja-manja ngan beliau. Mula la malas nak jalan la, jalan nak berenti-berenti la. Pastu wat perangai la. Kalau aku lak membentak-bentak ngan beliau, lagik la beliau menguji kesabaran aku yang tak berapa nak ada nih. Nak buat-buat bunyi tak senonoh la, nak kena belai-belai la. Kadang bila aku malas nak tunggu rajuk beliau pulih, aku mintak je sesape tolong kasi pelajaran sikit. Dah kena tarbiah soploh doploh minit baru la ala-ala baik sikit. Tu baru di ambang cinta.

Bila bercinta plak, tak boleh langsung orang lain. Mesti nak kena bercakap-cakap ngan beliau je. Kalau aku termeroyan ngan orang lain terlentok-lentok leher sket, kejap kang mula la menghijau je muka, mata kekelip, pastu tutup mata trus. Heh, satu keje pulak nak kena sorong tarik. Penat.

Motip betul semua barang yang ada ngan aku mesti cuma aku je yang kena melayan kerenah diorang. Agaknya barang pun ada perasaan la kot. Barang-barang aku, reta benda aku, sume suka menarik perhatian. Suka buat-buat merajuk nak kena pujuk berlembut bagai baru la nak kerja cam biasa balik.

Erk.. aku agak merapu kat atas. Sebenarnya bape hari lepas moto aku Di Ambang Cinta tu tetibe je mati masa aku nak kua dari kolej 12. Boleh pulak beliau mati tetibe camtu, tapi dek kerana aku sedang dalam mood yang takde pape jadik takde la nak kekelam kabut. So aku rapat ke tepi dan try idupkan balik moto tuh. Hidup. Tapi aci masuk gear, mati balik. Ada la tiga pat kali camtuh. Aku tetap gak try stat moto walopon at the end akan mati jugak. Masa tu aku perasan ada sorang budak laki naik skuter kat belakang aku berenti. Heran jugak sebab rasanya aku dah berenti kat tepi, mustahil beliau tak dapat lalu. Kereta jip sume lalu sebelah aku selamat selesa je, takkan skuter tak lepas kot. Sekali dia datang dan berenti sebelah aku.

"Kenapa kak?" tanya beliau.

"Moto mati." kata aku sambil sibuk jugak menendang starter moto.

"Kenapa?"

"Entah la, plug kot." jawab aku buat-buat tahu berdasarkan sejarah moto.

Kendian beliau turun dari skuter beliau dan cuba menengok apa yang patut. Menjenguk ke tayar depan dan kendian berkata. "Plug ok."

Pelik jugak sebab biasanya pomen yang biasa aku jumpa akan bukak tengok plug dulu sebelum memberi jawapan.

"Minyak itam kot." jawab aku lagik sambil mengenang kali terakhir aku menukar minyak itam adalah pada pertengahan sem lepas. Beberapa bulan nan lepas.

Beliau kemudian cuba menghidupkan Di Ambang Cinta. Hidup. Tapi bila gear dimasukkan, perkara yang sama berlaku.

Telepon murah aku tetibe je memekakkan lagu B2st Is The Best, panggilan dari Inche Ali, yang merupakan ex-leader IWM sem lepas merangkap leader kumpulan aku untuk WMP. Sepatutnya aku kena jumpa beliau untuk sedikit urusan, tapi dek Di Ambang Cinta yang sedang merajuk, maka aku selumber mengeluarkan arahan kepada Inche Ali supaya datang ke tempat aku yang tak berapa langkah pun dari kolej beliau.

Tengah-tengah inche berskuter cuba memujuk Di Ambang Cinta, Inche Ali tiba.

"Kenapa kak?" soal beliau sambil menjinjit raket.

"Moto mati. Masuk gear je mati, taknak jalan."

Sambil berkata pape-tah-aku-tak-sempat-dengar Inche Ali segera menunggang Di Ambang Cinta lalu mmenendang starter. Hidup.

"Ok je ni."

"Masuk gear jap agi mati balik." kata aku.

Inche Ali masukkan gear dan sempat membuat separuh pusingan.

Elok je Di Ambang Cinta berpusing-pusing ngan Inche Ali. Saja nak kenakan aku depan orang kan. Suka wat aku camtu tau. Padahal aku layan beliau baik-baik je.

Yela, yela, aku janji, Abang Jaafar Patah Ati masuk nanti aku tukar minyak itam, isi minyak pepenuh, pam angin keketat, mandikan wangi-wangi. Puas ati?



p/s: "Terima kasih tolong akak saya ni ye."
Ayat bernas Inche Ali dekat inche berskuter yang cuba menolong aku tadi. Mantap. Tak pasal-pasal inche berskuter btol-btol ingat Inche Ali adik aku.






save the earth...