Isnin, 11 Januari 2010

Malam Tadi

*Bruk aku masih dalam tempoh berkabung. Justeru, Entry ini ditaip siap-siap dalam notepad dan aku hanya kopipes sebelum publish. =)


Antara yang menarik malam tadi...

MOMOk aka pemenang OIAM3, yang jugak merupakan satu grup bebudak yang penah aku minat zaman kecik-kecik dulu bersama salah sorang spupu kesayangan. Walo berapa kuat kena kutuk tapi tetap jugak aku mengikuti perkembangan mamat ini diam-diam. Yela, kalo terang-terangan harus menanah telinga mendengar kutukan. Wakaka...
Bercakap pasal perf beliau, pada aku perf ni walopun better dari perf sebelum-sebelum ni di mana-mana, tapi tetap jugak tak mampu menandingi perf beliau di malam final OIAM3.

Selain tu, AKIM budak AF7 yang imejnya agak Adam Lambert sedikit. Dibawaknya jugak bumper kereta pastu bakar atas stage. Nak jugak sama dengan MV beliau.

BUNKFACE pon best jugak walo hakikatnya aku memang tak suka kebanyakan grup indie. Motif aku tengok jugak perf dorang adalah kerana pada aku hanya grup ni mampu membawak lagu SITUASI tu dengan baik, bagi kat orang lain memang agak pedih telinga mendengarnya. Cuma yang aku sedikit kompius ialah apakah tujuan dan matlamat bebudak IDOLA KECIK dan masuk sekalik. Bawak dua line pastu aku rasa menyemakkan je lagu tuh. Baru je nak menikmati perf live. Aigoo...

STACY plak, sama ada mic dia yang ada sedikit masalah atau memang suaranya tak keluar. Tapi kenyataannya aku bukan la excited nak tengok perf STACY, sekadar menunggu kot la dia nak keluarkan abangnya si CHAQ. Hehe... boleh tak motip macam tu? Haha..

ESTRANGED yang tetap jugak cam biasa, hebat dan best. Tapi aku sekadar je grup ni, cam aku mention sebelum ni, aku agak kurang berminat dengan kumpulan indie walopun sebenarnya lagu-lagu doram jauh lebih baik dari kumpulan yang sekadar menyanyikan lagu yang liriknya ditulis oleh orang lain dan lagunya dicipta orang yang lain pulak.

Dan.. yang paling ditunggu tentula FAIZAL TAHIR. Bukanla kerana aku atau hosmet yang lain suka sangat, tapi sebab beliau sedang dalam kesakitan dan berdasarkan kenyataan dalam paper beliau hanya mampu berdiri dalam masa pat lima minit je. Jadik sume beriya la nak tengok bagaimanakah keadaan sebenar beliau.

Dan apa yang terjadi, heh, aku kagum ngan persembahan beliau. Walopun aku memang tak pasti sama ada beliau benar-benar terseksa semasa membuat persembahan tersebut, tetapi endingnya memang sangat cantik. Bukan la kerana tetibe muncul cik Shiela tapi dek tiba-tiba saja beliau masuk cenggitu je. Yang penonton depan tv neh, sibuk membuat spekulasi apakah beliau sudah jatuh terbaring di atas pentas?

Ooo... tidak rupanya. Dengan imej ala-ala Micheal Jackson, gaya jalan yang pada aku sangat cantik dan kemas dengan tongkat beliau, perf malam tadi tak mengecewakan. Hehe...





P/S: Erkk... hampir menggunakan gaya bahasa DNO. Sorry ye ESFIE... aku gagal mengkontrol gaya bahasa ko. Kang aku gi bayar Bila Bercinta kang bleh la kita online sesama depan tv lagik ye...



save the earth...