Rabu, 6 Januari 2010

Cinta Lombok

Isu ni dah lama dah sebetulnya. Cuma tadi kebetulan balik jap pasal malas nak bertenggek kat UM so tertengok bualbiacara pasal isu ni kat TV3. Antara panel yang dijemput sorang Prof, sorang kaunselor, En. Bakhtiar ngan ibu bapa yang anak perempuan diorang kawen lari ngan pemuda Lombok.

Aku tak sempat tengok dari awal, tapi sempat tengok ibu bapa ni bercakap. Tapi yang bercakap cuma bapaknya. Si bapak kerja dan berpendapatan RM20 sehari. Anak dia kawen masa tahun 2007, dan masa nak lari tu anaknya bernama Rosnah takde cakap pape, tahu-tahu je pakcik ni dapat call dari menantu dia sekarang bagitau dia nak kawen ngan Rosnah. Pakcik ni yang masa tu tengah bekerja, bila mendapat panggilan camtu dari Lombok dalam keadaab anak perempuannya dah selamat berada kat sana, terpaksa kata ya dan bersetuju dengan pernikahan anaknya. Selepas selamat bernikah, Rosnah ada mengirimkan surat pada ibu bapanya yang mengatakan dia selamat, senang dan bahagia bersama suami dan keluarga mentua. Rosnah jugak ada mengingatkan ibubapanya supaya tak perlu bersusahpayah nak membawa beliau balik ke Malaysia kerana dia memang ingin berada di sana kerana kehendaknya sendiri tanpa paksaan sesiapa. Malah, menurut Rosnah dalam satu-satunya surat yang dikirimkan sejak pernikahan tersebut, suaminya tidak menghalang serta mengizinkan sekiranya dia ingin kembali ke Malaysia.

Tapi tak lama kemudian, si bapa kerap menerima panggilan demi panggilan dari Lombok. Panggilan tersebut dari anak menantu beliau yang meminta dikirimkan duit. Ini sebab kedua-dua Rosnah dan suaminya sama-sama tak bekerja. Masing-masing hanya makan bangun di rumah keluarga suami Rosnah. Dengan hanya RM20 sehari, yang mana pada zaman ni, apalah sangat RM20 boleh buat memandangkan teh tarik pun singgit segelas, si bapa tetap jugak berusaha kirimkan duit pada anak menantunya. Sejak 2007 hingga awal 2010 kira-kira RM6k telah dikirimkan kepada pasangan tersebut. Dah la anak kawen tak macam sedara-sedara yang lain, takde majlis meminang, bernikah, kenduri bagai, si bapak pulak perlu menyara makan minum anak menantu. Dan selepas 3 tahun, anaknya menyuarakan hasrat untuk kembali ke Malaysia.

Dalam rancangan WHI tadi, pengacara call Rosnah di Lombok, dan Rosnah macam menghadapi kesukaran memahami soalan pengacara yang bertanyakan kehidupan beliau bersama suami, anak dan keluarga mentua. Memula aku pikirkan line tak jelas, tapi bila Rosnah mula bersuara, rupanya beliau sudah bertutur dalam slanga Lombok. Mungkin dia sendiri sudah lupa slang Bahasa Melayu di Malaysia.

Setiap pertanyaan jugak dijawab sepatah-sepatah. Pun begitu suaranya kedengaran ceria dan gembira. Tetapi Rosnah nyatanya ingin kembali menetap di Malaysia bersama suami dan anaknya.

Kamera plak fokus pada wajah ibu bapa Rosnah semasa suara anak mereka ke udara, namun wajah keduanya seperti redha dan menerima adanya, namun aku pasti sikit sebanyak ada perasaan terkilan dalam diri diorang.

Anak yang ditatang-tatang, kawen di tenpat orang. Time senang kemain berpesan usah lakukan pape untuk bawa dirinya pulang, tapi bila kesukaran mendatang, mak bapak jugak jadi jaminan.




p/s: Aku plak yang sedikit teremo rasa cam nak nanes je bila dengar suara Rosnah tu...aiya...

save the earth...