Isnin, 25 Januari 2010

P.O.P.I.A.


Popia basah...


Popia biasa...

Cara membuat POPIA ni senang je. Cuma masak isinya, yang biasanya ada sayur tauge, dan beberapa menda lagi. Kalau yang ex-housemate aku penah masak, beliau masukkan tauge, udang, dan tiga pat menda lagi (harus la aku dah lupa apa bahan-bahan beliau masa tu). Kendian, bahan tersebut cuma ditaruk atas kepingan popia, dan digulung kemas sebelum digoreng. Siap dimakan begitu saja atau masak la sosnya sekalik.

Tu la kali pertama aku boleh makan popia.

Sebelum ni, jangan harap aku makan popia, selain kerana aku adalah orang yang tidak makan segala spesies sayur kecuali kangkung, aku jugak heran sebab pada aku biasa je pun rasa popia tuh, apa yang sedapnya pun tatau sampai menyebabkan cenggitu ramai orang beratur dan sanggup menunggu berjam semata untuk mendapatkan popia.

Kali pertama aku kenal popia pun masa masuk sekolah menengah. Masa tu popia goreng hanya 20 sen seketul. Aku beli dua. Sekali gigit, amakkk... tauge. Erk... habuan tong sampah sudahnya sebab aku tak mampu nak telan.

Kiranya popia masakan ex-housemate aku tu la kali pertama tekak aku mampu menerima rasa popia. Sekarang, aku dah pun paham kenapa begitu ramai sanggup bersabar demi beberapa ketul popia. Dan popia sekarang pun berharga 60 sen sebijik. Kalo kat Mid Valley, harus la RM3 seketul. Setakat ni blom la aku try. Erk... aku masih kurang paham, kenapa mahal yang amat?




p/s: Popia paling sedap, selain dimasak sendirik, adalah popia yang orang belanja. Sape stuju angkat jari kelingking~~!!

save the earth...