Rabu, 27 Januari 2010

Judging from the Outside

Apa yang kelihatan di mata, selalunya bukan tu hakikat yang tersirat. Malangnya, rata-rata lebih senang sekadar menghakimi tanpa mendalami. Ala-ala biasan cahaya yang menampakkan air kolam lebih cetek dari kedalaman sebenar.

Yang manja-manja, sopan santun, ala-ala sweet, selalu dianggap satu kelemahan, kekurangan yang mesti diatasi supaya satu hari takkan memakan diri.

Yang celupar, selamba, perangai ala-ala hampeh, selalu jugak dianggap sikap yang satu masa akan menyusahkan bukan saja diri sendiri malah orang lain.

Yang gaya ala-ala tegas, cakap sentiasa kemas, mantap dan bernas, senyum panjang rapat ke telinga, selalu disangka sempurna dan membahagiakan. Andai itu satu kenyataan, apa jawapan untuk soalan mengapa yang dikatakan hensem, kacak, cantik dan jelita sering temui kegagalan mencari bahagia?

Bak kata omputis... DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER.

Tapi bape ramai yang berani praktikkan menda ni? Masih tetap nak terkejut bila si ayu lembut gemalai bersuara dengan ketegasan yang kemudiannya dilihat tak ubah satu kekejaman. Masih tetap nak terlopong bila si mulut ala-ala hampeh terdiam membisu waktu diceramahkesihatankan dan kemudiannya dipandang pula sebagai satu ketakutan. Masih jugak nak saling berpandangan bila si sempurna menikus saat diri diperkatakan dan kemudian dianggap pula sebagai satu kehebatan.

Disalahertikan hanya kerana dihakimi dari penampilan luaran. Tapi sape yang boleh disalahkan, dah memang takde yang mampu belah dada dan bangga mengatakan, inilah hakikat~~!!






p/s: Harap pasni takde lagik yang berani-berani nak tanggung tensen sesorang atas alasan tanak menyusahkan orang. Dah satu grup, jangan ngada nak simpan sendirik-sendirik.


save the earth...