Ahad, 17 Januari 2010

Gath @ Sunway Pyramid

SMS Isnin lepas di Kafe Fakulti Sains.

"Sabtu free?"

Pengirim ialah cik JC. Beliau akan menyertai satu gathering forumers untuk board Jokes, dan alang-alang beliau balik dari BP, beliau nak jumpa geng Asean Celebrities (AC) sekali.

Justeru, hari semalam, jam 1200, di Burger King Sunway Pyramid, berlakulah satu gathering kelakar yang disertai satu geng AC dan satu geng Jokes. Alhamdulilah, antara kami boleh masuk jugak walaupun awalnya agak kekok memandangkan satu sama lain saling tak mengenali di alam forum.

Yang paling kecoh dah tentu-tentu la cik JC. Haha... pemilik blog bagaimanapun tumpang bising sekali menanyakan itu ini dan menjawab ini itu.

Selepas sesi perkenalan yang berlaku beberapaka kali dek beberapa orang tiba lewat lalu yang tiba awal perlu membuat sesi mengenalkan diri untuk kali kedua atau ketiga, aktiviti seterusnya adalah makan.

Selaku pengerusi majlis, cik JC tidak dapat menghabiskan beger Whooper beliau dek terlalu banyak yang beliau cakapkan. Manakala yang lain makan dengan tenang dan masing-masing bergerak ke musolla sebaik makan.

Cadangan geng Jokes untuk berkaroake tidak disertai oleh geng AC yang rata-rata datang kerana JC sebenarnya, namun itu tidaklah mengeruhkan suasana. Jadi, satu geng ke karoake manakala satu geng lagi berpusing-pusing di sekitar Sunway Pyramid.

Tapi, mungkin kerana faktor waktu dan beberapa faktor lagi, geng karoake tak jadi berkaroake dan beberapa daripadanya berice-skeeting walaupun asik melekat di dinding saja. Yang lain selain bersembang meneruskan bicara, ada yang menukar kepingan wang kertas kepada token-token warna silver dan bermain beberapa permainan yang ada berhampiran.

Kira-kira jam 1635 geng AC terpaksa meminta diri terlebih dahulu kerana masing-masing masih ada komitmen yang belum disudahkan. KD_ys kendiannya bermurah hati menghantarkan dua orang dari geng AC ke stesen LRT dan komuter sebelum yang lain ke rumah JC untuk tujuan mengkopipes dan pemulangan cd.

Lepas solat maghrib, aku ngan hosmet macam biasa singgah di port kegemaran KD_ys sebelum terus balik ke rumah.

**********************************************************

Pergh.....!
Sempat lagi tu bergathering bagai walaupun aku hanya berbekalkan surat repot polis dan kad matrik yang tatau la laku ke tak andai jumpa polis. Heh..



save the earth...