Ahad, 13 September 2009

Bila Jatuh Cinta....

2 pasang kasut dari dua kedai berlainan pada satu malam....

wedges untuk raya (kononnya...) dan waktu-waktu memerlukan gaya ala ladies manakala peep-toe untuk ke kelas dan jejalan....

kasut hitam jenis peep-toe tu aku dah bekenan sejak 2 minggu lepas masa aku tengok kat SOGO. tapi bukan la kasut yang sama, jenis je lebih kurang. masa tu kasut kat SOGO tu berharga rm79.90 atau rm89.90. masa tu plak aku ada kira-kira rm100 kat tangan. so andai kata aku nak mmg boleh je . walopun aku adalah student tapi sebab aku ni jarang memanjakan diri ngan bebenda mahal so sesekali tingin nak pakai yang mahal sket mmg aku tak ralat sangat la.

tapi aku pun tak pasti kenapa aku x amik je kasut tu masa tu. mungkin jugak sbb masa, keadaan dan situasi serta mood ketika itu la. (haha...)

hari ni, bila sampai ke berjaya times square 3rd floor, bila je masuk satu kedai ni, tetibe aku terjatuh hati kat peep-toe ni. aku sarung, ngam. antara perkara yang jarang berlaku pada aku, bila aku menyarung kasut dan kasut tu ngam ngan cantiknya di kaki aku.

ok, tengok harga.

rm49.90.

duit kat tangan, rm80++. dan ada extra rm50 ngan housemate yang tengah cari cd atau dvd SS501.

tiba-tiba ternampak plak wedges ala-ala kain jeans kaler hitam. amik jap. test.

halamakkkk.... ngam jugak!

rm59.90.

tapi agak kurang stabil plak.

hmmm.... peep-toe leh wat gi kelas, jenjalan, dan paling penting, boleh wat stat moto.

peep-toe. =)

antara sebab aku memilih peep-toe, selain peep-toe boleh nyamar jadik formal, tapak peep-toe yang nampak best ni membuat aku memilih kasut ni. hehe...

tapak yang elastik, tahan lasak, dan batu-batu kecik takkan berani melekat kat situ... pilihan yang secara teorinya adalah yang terbaik. =)

keluar kedai, singgah satu lagi kedai yang macam tgh sale gegila. ramai sgt orang tgh test kasut kat situ dan kasut sangat berterabur-rabur.

housemate aku beli satu wedges. cantik. tetibe ternampak satu wedges yang comel. ala-ala gunnybag, halahai... giler aku minat dari dulu.

(hantu betul aku ngan something yang baru tapi nampak season. aku jugak hantu dengan bebenda terutama kasut yang berkain jeans walopon aku x pakai jeans. kiranya aku leh dikategorikan orang yang sukakan jeans tanpa memiliki jeans tu sendirik. macamana tu? papehal jela... =p)

sekali housemate aku yg dah beli wedges tu berkenan plak ngan wedges yang aku dah pilih tu. dia pun pilih yang sama.

apa nak buat.... kitorang JATUH HATI pada wedges yang sama!

wedges tu berharga rm39.90. tapi bila beli dua pasang dapat rm70.

2 pasang wedges yang sebijik sama dalam satu rumah dengan 2 saiz berbeza. penangan SHOE'I. cuba teka mana satu aku punya... heheh! sape teka betul sekali ngan justifikasinya aku banje bukak pose! 00oooo...yeah!!!

bila dah jatuh cinta pada sesuatu, pape je bukan la masalah. jadi hari ni, spesifiknya malam ni, aku shopping sepasang peep-toe dan sepasang wedges. lebih kurang rm90 untuk kaki. heh, bila aku jatuh cinta!

credit to my ex-housemate for teaching how to fall in love before ended spending money worthly. =)

ooo ye, sebelum ended up beli 2 pasang kasut sekaligus kat timesquare, terlebih dulu ke carrefour subang, trus ke jalan tar, masjid jamek dan sogo untuk semayang maghrib dan bukak puasa. pastu baru la ke timesquare.

tapi masa kat subang, ada satu hal sengal berlaku.

kat carrefour subang, cari beg la konon, tapi kendiannya beg yang aku nak x de, so aku cadang nk beli air yogurt je nak wat stock. kebetulan BLISS ada pomosi. buy 2 for rm6. so aku beli je 2. bila bayar cashier tu scan dedua botol air tu, aku lak saje ngada nak tanya.

"air tu 2 botol untuk rm6 kan?"

cashier tu pandang air tu sebelum jawab dengan panjang lebar.

"tak. air ni satu rm3.69, botol kedua utk rm2.31."

"bukan promosi 2 untuk 6 ringgit ke?"

dan sekali lagi cashier tu ulang ayat yang sama.

akhirnya aku angguk. rasanya cashier tu mmg kurang paham apa yg aku tanyakan so dia just jawab apa yg dia tau walopun sebenanya dia bleh je savekan masa dengan setakat mengangguk, atau berkata, ya!

BLISS stoberi yang berharga rm6 untuk dua botol.... yogurt atau minuman yogurt, aku minum stoberi je, sebab x reti minum perisa lain. hehe...





p/s: hari ni aku blaja kenal peep-toe, wedges, & heel. selama ni tatau pun. haha... ooo ya, masa nak beli wedges tu aku ditanya dengan seryes sekali, kenapa tetibe nak pakai heel ni. aku terpaksa fokuskan pikiran sebelum memberi jawapan yang sangat jujur ikhlas sekali. saya mmg pakai heel, cuma lately saya pakai yg flat sejak naik moto, senang nak stat. hehe...




save the earth...

1 ulasan:

hasni berkata...

mazid
time square sale ke?
kalu sale
aku mo gak g cr kasut sn